extension (price) | harga lanjutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Harga seunit barangan digandakan dengan kuantiti sebenar. |
French cuff | manset lipat atas | Kesenian | Tiada | Manset yang lebarnya digandakan sekali untuk dilipatkan ke atas dan keempat-empat lapisan itu dikancing dengan manset. |
endomitosis | endomitosis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Peringkat proses mitosis, iaitu apabila kromosom pada nukleus digandakan tanpa melalui proses pembahagian nukleus dan bersifat poliploidi. |
full stroke | gurisan penuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gurisan trengkas yang ditulis penuh, tidak dipendekkan atau digandakan. |
col' ottava | col' ottava | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemain papan nada supaya not asal digandakan satu oktaf lebih tinggi. |
constant voltage | voltan malar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Voltan yang tidak berubah lebih daripada kepersisan pengukuran yang diperlukan apabila galangan penjana digandakan.,2. Sejenis operasi bekalan kuasa apabila voltan keluaran kekal pada nilai yang telah ditentukan apabila arus keluaran diubah dalam julat bekalan kuasa. |
double-declining-balance depreciation method | kaedah susut nilai baki kurangan ganda | Pentadbiran | Tiada | Kaedah susut nilai dipercepat, iaitu peratus susut nilai digandakan dan dikira terhadap baki nilai buku. |
interphase | interfasa | Bioteknologi | Tiada | Sebahagian daripada kitar pertumbuhan sel apabila nukleusnya tidak mengalami pembahagian, sama ada semasa meiosis atau mitosis. Kromosom digandakan semasa interfasa. |
duplication | penduaan | Bioteknologi | Tiada | Pembentukan kromatid baru semasa interfasa selepas mitosis. Istilah ini juga merujuk kepada mutasi kromosom, iaitu segmen kromosom digandakan semasa pembahagian nukleus. |
photomultiplier | pemfotoganda | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengesan peka cahaya yang pada mulanya menghasilkan arus elektron melalui pemancaran fotoelektrik dan seterusnya arus elektron ini digandakan melalui pemancaran elektron sekunder daripada satu peringkat ke satu peringkat. |