main line | tali utama | Perikanan | Tiada | Tali yang digulung pada kekili dan dihujungnya terdapat tali perambut dan mata pancing. Panjang tali utama biasanya melebihi kedalaman air. |
compact cassette | kaset padat | Pendidikan | Tiada | Kaset audio yang digulung dalam gelendong untuk merakam isyarat audio. |
coil tubing | tiub gegelung | Kejuruteraan | Tiada | Tiub yang boleh digulung. |
carbon nanotube | nanotiub karbon | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding. |
apple roll | epal gulung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hirisan epal yang digulung di dalam pastri dan dibakar. |
rolled seam | kelim gulung | Kesenian | Tiada | Kelim yang tepi basinya digulung dan dijahit sebagai kemasan. |
full roll | gulung penuh | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan (terutamanya permaidani) yang digulung, yang panjangnya sekitar 100 kaki atau 30 meter. Istilah ini turut dikenali sebagai gulung kapal yang digunakan untuk tujuan penghantaran. Ukuran standard gulung penuh berbeza-beza dan ukuran terpendek ialah 30 kaki atau 10 meter, bergantung pada ketebalan permaidani dan kriteria kualiti pengeluar karpet. Di Amerika Syarikat, kebanyakan ukuran gulung penuh adalah antara 12 kaki atau 4 meter dan 15 kaki atau 5 meter lebar dengan saiz 12 kaki atau 4 meter. |
paupiette | paupiette | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kepingan daging yang nipis yang diletak inti, digulung dan dibrais. |
sand reel | kili pasir | Kejuruteraan | Tiada | Kili keluli tempat dawai talian pasir digulung. |
sardine roll | sardin gulung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sardin yang dicampur bawang dan cili, digulung dengan pastri rapuh yang berukuran 8cm x 5cm dan dibakar. |