standby space | ruang menunggu | Komunikasi | Korporat | Sistem yang diguna pakai oleh syarikat penerbitan media cetak untuk penyiaran iklan pada sebarang waktu dan ruang yang dikosongkan. Pihak penerbit akan melompangkan ruang untuk siaran berita atau bahan siaran yang bersifat semasa, sebelum sesuatu penerbitan itu dicetak. Sekiranya tiada bahan mutakhir yang boleh mengisi lompang tersebut, ruang ini akan digantikan dengan iklan yang telah sedia menunggu/ Kesan akhirnya ialah keseluruhan ruang digunakan sepenuhnya. Oleh sebab ciri pengiklanan dari segi waktu dan ruang tidak tetap, maka kos yang dikenakan kepada pengiklan adalah lebih rendah berbanding iklan lain yang dijadualkan lebih awal. Kedudukan ruang iklan biasanya terletak di halaman yang kurang mendapat perhatian dan tidak strategik dari segi nilai berita. |
international strategy | strategi antarabangsa | Pengurusan | Perancangan | Strategi yang diguna pakai bagi meneroka pasaran perniagaan di negara asing. Strategi ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian perniagaan sesebuah organisasi selain pasaran tempatan. Organisasi yang menggunakan pendekatan strategi ini dikenali sebagai perbadanan multinasional. Contoh strategi antarabangsa yang dilakukan adalah melalui eksport dan import, pembukaaan cawangan operasi luar negara dan menjalin usaha sama dengan organisasi luar negara. Lihat juga perbadanan multinasional. |
white technology | teknologi putih | Pertanian | Agroteknologi | Salah satu cabang bioteknologi yang diguna pakai dalam proses industri. Contohnya, penggunaan mikroorganisma untuk menghasilkan bahan kimia seperti enzim dan katalis, atau untuk melupuskan bahan kimia berbahaya. Teknologi ini boleh mengurangkan penggunaan sumber, selain dapat menggalakkan pengurusan industri dengan lebih cekap. Teknologi ini banyak digunakan dalam industri farmaseutikal dan perubatan. |
computer security plan | rancangan sekuriti komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Tatacara bertulis yang diguna pakai untuk melindungi aset maklumat sesebuah organisasi. |
victim profiling | pemprofilan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu kaedah atau teknik yang diguna pakai dalam bidang kriminologi untuk mengenal pasti ciri-ciri seseorang mangsa serta perbandingan ciri-ciri mangsa dengan mangsa kes jenayah lain melalui penyiasatan dan analisis bukti yang didapati dari tempat kejadian jenayah tersebut. Tujuan penyediaan pemprofilan mangsa adalah untuk meramal ciri-ciri pelaku dan mengaitkan antara satu kes dengan kes yang lain bagi mengecilkan skop pencarian dan menangkap suspek. |
one-time password | kata laluan sekali | Teknologi Maklumat | Tiada | Kata laluan semasa yang diguna pakai dalam suatu sistem mestilah unik dibandingkan dengan kata laluan lama yang digunakan sebelumnya. |
planning guide line | garis panduan perancangan | Sosiologi | Tiada | Satu panduan dan rujukan yang boleh diguna pakai dalam kerja-kerja perancangan. |
security requirement | keperluan keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenis dan aras perlindungan yang patut diguna pakai pada peralatan, data, maklumat, aplikasi, bangunan, komponen, prasarana atau persekitaran sistem maklumat. |
digital signature standard (DSS) | piawai tandatangan digital (DSS) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Piawai yang diguna pakai oleh kerajaan Amerika Syarikat dan tandatangan digital. Lihat juga tandatangan digital. |
energy source | sumber tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Punca penjanaan tenaga yang boleh diguna pakai atau diperoleh sama ada secara langsung atau melalui proses perubahan tenaga. Contohnya, bahan api pepejal, bahan api cecair, tenaga suria, biojisim, tenaga hidro, tenaga geoterma, tenaga nuklear dan tenaga angin. |