risk management | pengurusan risiko | Pengurusan | Perancangan | Tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan organisasi terhadap risiko yang dihadapi, dengan mengenal pasti dan menganalisis situasi yang mungkin mendatangkan kesan terhadap kedudukan dan prestasi organisasi. Pengurusan risiko dilaksanakan bertujuan untuk membantu organisasi membuat keputusan atau mengambil tindakan dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan atau mengurangkan implikasi negatif kesan daripada risiko yang dihadapi. Elemen utama dalam pengurusan risiko ialah pengenalpastian risiko, menilai risiko, tindakan mengurangkan risiko, dan memantau kesan serta tahap risiko. |
exclusion | penyisihan | Umum | Tiada | Keadaan yang dihadapi oleh OKU atau komuniti yang dihalang atau dinafikan hak untuk memperoleh peluang dan menggunakan kemudahan awam. |
backlog | lantuk | Pentadbiran | Tiada | Keadaan kegentingan yang dihadapi oleh pekerja apabila terlalu banyak beban kerja yang terpaksa ditanggung, dan menyebabkan banyak kerja lain yang terbengkalai. |
acoustic stress | tegasan akustik | Aeroangkasa | Tiada | Tegasan yang dihadapi oleh struktur sesebuah pesawat akibat gelombang bunyi. |
communication disabilities | ketidakupayaan komunikasi | Umum | Tiada | Halangan yang dihadapi oleh OKU bermasalah pendengaran, penglihatan dan pertuturan yang mengehadkan atau menyekat keupayaan berkomunikasi. |
environmental uncertainty | ketakpastian persekitaran | Pengurusan | Perancangan | Keadaan ketidakpastian yang dihadapi oleh sesebuah organisasi apabila kekurangan maklumat yang sahih tentang persekitaran dalaman dan persekitaran luarannya. Keadaan ini meningkatkan cabaran dalam pembuatan keputusan organisasi kerana kesukaran untuk membuat penilaian yang tepat tentang sesuatu keputusan yang ingin diambil. Contohnya, apabila pihak pengurusan sesebuah syarikat tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang hala tuju polisi ekonomi kerajaan, maka akan menyebabkan ketidakpastian yang akan menjejaskan keberkesanan keputusan perniagaan. |
acceleration stress | tegasan pecut | Aeroangkasa | Tiada | Kesan daya tegasan yang dihadapi oleh angkasawan akibat pecutan pesawat. |
health risk | risiko kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Gangguan kesihatan yang mungkin dihadapi oleh individu. |
brain fog | kabut otak | Psikologi | Tiada | Sindrom pasca-COVID yang dihadapi oleh bekas penghidap COVID-19 yang menyebabkan mudah lupa, keliru dan kurang daya fokus. |
initial diagnosis | diagnosis mula | Pentadbiran | Tiada | Mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh organisasi. |