literati | pujangga | Kesusasteraan | Tiada | Sasterawan yang dihormati kerana nilai karya dan fikirannya yang tinggi. |
bard | barda | Kesusasteraan | Tiada | Seniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga d |
bard | bujangga | Kesusasteraan | Puisi | Orang yang cukup dihormati dan disanjungi kerana kepandaiannya menggubah dan mencipta sama ada pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Raja Ali Haji merupakan seorang bujangga/pujangga Melayu terkenal pada zaman kerajaan Melayu Riau. |
ego need | keperluan ego | Pentadbiran | Tiada | Keperluan manusia untuk dihormati, dan disanjungi kerana kejayaan atau kedudukan yang telah dicapainya. |
sovereignty | kedaulatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat. |
psychological needs | keperluan psikologi | Gerontologi | Tiada | Faktor dalaman seperti ketenangan, kasih sayang dan perasaan dihormati yang perlu dipenuhi supaya individu itu mendapat kestabilan psikologi. |
grave | makam | Kesenian | Seni Bina | Tempat orang yang telah meninggal dunia dikebumikan, biasanya untuk golongan yang dihormati seperti raja dan pahlawan. |
sovereign ruler | pemerintah berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain. Pemerintah ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama dalam menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi serta melaksanakan dasar dalam dan luar negara. Pemerintah ini muncul sama ada melalui pilihan raya seperti di Malaysia atau warisan seperti negara Brunei Darussalam. |
sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
white collar crime | jenayah kolar putih | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang memiliki kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat dalam urusan pekerjaan. Motif utama jenayah ini adalah untuk mendapatkan habuan kewangan. Contohnya, rasuah, penipuan perbankan dan pecah amanah. |