Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diikat

Puisi
 

Bagaimana tidak diikat,
     Kain batik sama sujinya;
Bagaimana tidak diingat,
     Orang baik bahasa budinya.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tali terajutali terajuKesenianTiadaTali yang diikat pada sayap dan tulang belakang untuk keseimbangan keseluruhan. Tali wau diikat pada teraju apabila wau dinaikkan.
kayu butangkayu butangKesenianTiadaBahagian hujung kek yang terdiri daripada dua batang kayu, satu diikat atau dipasang pada pasung dan satu lagi diikat dan digantung pada bahagian atas tiang kepala kek yang digunakan untuk menggantung butang.
penggantung butangpenggantung butangKesenianTiadaBahagian hujung kek yang terdiri daripada tali yang diregangkan dengan dua batang kayu, satu diikat atau dipasangkan pada pasung, satu lagi diikat atau digantungkan pada bahagian atas tiang kepala kek yang digunakan untuk menggantung butang.
suspension bridgejambatan gantungKejuruteraanTiadaJambatan yang tergantung pada sepasang kabel keluli yang diikat pada dua menara, satu di setiap tebing. Berat jalan atau laluan jambatan ditanggung oleh rod-rod pugak yang diikat kepada kabel.
lane ropetali lorongSukanTiadaSeutas tali yang merentang dari hujung kolam hingga ke hujung satu lagi dan diikat tegang pada dinding kolam. Biasanya, terdapat pelampung pada tali yang diikat tegang pada dinding kolam. Warna pelampung pada jarak lima 5. m dari hujung kolam perlu dibezakan daripada warna pelampung lain. Ia digunakan sebagai panduan arah kepada peserta.
suspension bridgejambatan gantungKesenianSeni BinaJambatan yang tergantung pada sepasang kabel keluli yang hujungnya diikat pada dua menara, satu di setiap tebing. Berat jalan atau laluan jambatan ditanggung oleh rod-rod pugak yang diikat pada kabel. Jambatan gantung yang moden menggunakan jenis kabel berketegangan tinggi, berbeza dengan bentuk terawal yang menggunakan tali, kayu dan rantai besi. Kabel berketegangan tinggi yang digunakan dalam kebanyakan jambatan gantung moden telah diperkenalkan pada akhir abad kesembilan belas. Keunikan jambatan gantung berbanding dengan jambatan yang lain ialah ia memiliki nilai estetika dan memiliki rentangan yang relatif panjang untuk melalui kawasan sungai atau jurang.
cooperagebekarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBekas yang dibuat daripada kayu yang mempunyai dua hujung berbentuk bulat dan bahagian badannya terdiri daripada bilah papan yang diikat dengan gelang logam. Terdapat dua jenis bekar, iaitu bekar kendur yang dindingnya tidak diikat dengan ketat dan biasanya digunakan untuk mengisi bahan pepejal seperti nasi, dan bekar ketat yang dindingnya diikat dengan ketat yang digunakan untuk mengisi bahan cecair dan separa pepejal seperti taufufah.
paternoster rigikatan paternosterPerikananTiadaIkatan yang dihasilkan daripada tali utama dengan membentuk satu atau lebih gelung yang dipintal menjadi tali perambut. Tali perambut ini kemudiannya diikat pada gegelang mata kail untuk membolehkan beberapa tali perambut diwujudkan daripada satu tali utama yang hujungnya diikat pada ladung.
corner tied down (slab)penjuru diikat (papak)KejuruteraanTiadaTiada
anchorsauhPerikananTiadaAlat bercangkuk yang disambung pada rantai atau tali (kabel), digunakan untuk melabuhkan sampan, bot atau kapal di laut untuk sementara waktu. Pada masa dahulu, sauh diperbuat daripada kayu yang diikat pada tali, manakala kini kebanyakan sauh diperbuat daripada besi yang diikat pada kabel besi. Sauh merupakan alat penting yang menjadi suatu kemestian bagi semua sampan, bot atau kapal.
12345678910...

Kembali ke atas