transbuccal cheek wire | dawai pipi transbukal | Perubatan | Tiada | Dawai yang dilalukan melalui pipi dan diikatkan ke splin pergigian untuk menstabilkan fraktur rahang. Bahagian eksternal dawai diikatkan ke rangka kepala. |
wind guy | temberang angin | Kejuruteraan | Petroleum | Talian temberang yang diikatkan dari tiang atau derik ke sauh yang ditanam di dalam tanah bagi menyokong tiang atau derik bersangkutan dari arah sisi. Dengan demikian tiang atau derik berkenaan akan tetap berdiri tegak atau stabil walaupun terdapat beban dari sisi yang diakibatkan oleh tiupan angin. |
load guy | temberang beban | Kejuruteraan | Petroleum | Talian temberang yang diikatkan kepada tiang atau derik dan merupakan penyokong utama kepada struktur tiang atau derik yang bersangkutan. Rujuk : talian temberang. |
bonding brick | bata ikat | Landskap | Tiada | Bata yang disusun dan diikatkan dengan lepa. |
plumb line | garis ladung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Benang atau tali yang hujungnya diikatkan dengan pemberat bagi menghasilkan penjajaran tegak, khususnya dalam pembinaan tiang atau dinding bangunan. |
gegelung regang | gegelung regang | Kesenian | Tiada | Bahagian hujung kek yang berupa gegelung tali yang diikatkan pada pasung dan menjadi pemegang kayu regang pasung. |
tali regang kek | tali regang kek | Kesenian | Tiada | Bahagian hujung kek yang berupa tali yang diikatkan pada bahagian tengah kayu regang kek dan kayu regang pasung untuk menegangkan benang lungsin. |
angle cleat | tetupai sesiku | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kayu atau keluli atau bahan-bahan lain yang diikatkan merentasi struktur sebagai beroti untuk menguatkan struktur tersebut atau sebagai penyokong. |
bowsprit shroud plate | plat tali suai jongor | Pelayaran | Tiada | Kepingan besi pada bahagian depan badan kapal untuk diikatkan tali suai jongor. |
dark reaction | tindak balas gelap | Perubatan | Tiada | Siri tindak balas yang berlaku dalam fotosintesis apabila karbon dioksida diikatkan menjadi karbohidrat. |