electron capture decay | reputan tawanan elektron | Fizik | Atom dan Nuklear | Pereputan yang diikuti dengan tawanan elektron orbitan oleh nukleus. Dalam proses ini elektron orbitan dalaman ditawan oleh nukleus dan diikuti dengan pembebasan sinar gama atau sinar-X apabila kekosongan elektron ini diisi semula oleh elektron orbital luaran. Contohnya, pereputan radioaktif berilium-7 kepada litium-7 menerusi tawanan elektron. Skema pereputan berilium-7 ditunjukkan pada gambar rajah. Dalam rajah ini pereputan secara terus kepada keadaan asas adalah sebanyak 89.7% sementara peratus pereputan tawanan elektron sebanyak 10.3% dengan pembebasan sinaran gama. |
nonconservative force | daya tak mengabdi | Mekanik | Gunaan | Daya yang kerja yang dilakukan bersandar pada laluan yang diikuti. Jika daya itu menyesar dari satu titik ke satu titik yang lain, kerja yang dilakukannya bergantung pada dimensi laluan yang diikuti. Dalam ilmu mekanik asas, daya tak mengabadi yang ditemui hanyalah daya geseran. Lihat juga daya abadi. |
coden | koden | Perpustakaan | Tiada | 1. Pengelasan kod yang diberikan pada dokumen atau bahan perpustakaan lain yang terdiri daripada 4 huruf besar dan diikuti oleh dua kumpulan yang terdiri daripada angka-angka Arab yang dibubuh sempang, atau dua angka Arab yang diikuti oleh dua huruf besar, atau beberapa kombinasi yang serupa.,2. Kombinasi beberapa huruf, angka, dan simbol yang diberikan sebagai hasil penerapan peraturan pengekodan dalam usaha menghasilkan petikan bibliografi. |
domain name | nama domain | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama unik komputer hos yang dihubungkan ke Internet. Nama domain berpandu kepada sistem hierarki, iaitu nama hos atau pelayan diikuti nama kategori domain tinggi seperti .com, .org, .edu, .net, .mil, dan .gov. Ini biasanya diikuti dengan nama singkatan negara kecuali bagi Amerika Syarikat. Contohnya, dbp.gov.my. Nama domain diluluskan oleh InterNIC pada peringkat antarabangsa manakala MYNIC (http://www.mynic.net.my/) menguruskan nama domain .com.my, .net.my .org.my. .gov.my, .edu.my dan .mil.my. |
stensil-lilin | stensil-lilin | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan stensil dan sarang, diikuti dengan proses mati warna, sebelum dibasuh dan dijemur. Mula-mula kain dicap dengan stensil, bilangannya bergantung pada corak dan warna, kemudian dimatiwarnakannya dengan mengukusnya di dalam kukus. Sesudah dikeringkan, proses membatik akan diteruskan dengan proses pukul lilin, yang dimulai dengan memukul tutup bunga pada bunga corak yang sudah dicap dengan stensil. Sesudah itu, jika diperlukan, dipukul rintik, diikuti dengan celup warna (biasanya warna coklat), mati warna, kincah, rebus dan akhirnya dijemur. Kain yang dihasilkan disebut sebagai batik stensil-lilin. blok-stensil. |
radioactivity | keradioaktifan | Kejuruteraan | Tiada | diikuti penyinaran sinar alfa dan beta, dengan hasil keluaran terakhirnya ialah isotop plumbum. |
neuromyositis | neuromiositis | Perubatan | Tiada | Inflamasi saraf diikuti dengan inflamasi otot yang bersentuhan dengan saraf yang terlibat. |
bone formation | pembentukan tulang | Perubatan | Tiada | diikuti dengan pemineralan. |
topotaxis | topotaksis | Biologi | Ekologi | Orientasi yang diikuti oleh pergerakan menuju atau menjauhi sesuatu rangsangan. Misalnya, gerak balas topotaksis pada protozoa yang menuju kepada cahaya serta makanan, tetapi menjauhi haba. |
Christmas tree staining | pewarnaan pokok Krismas | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pewarnaan yang digunakan untuk mewarnakan spermatozoa dalam pemeriksaan serologi forensik. Kaedah ini melibatkan langkah pewarnaan dengan warna utama diikuti dengan pewarnaan balas. Pewarna yang dikenali sebagai nuclear fast red akan mewarnakan kepala spermatozoa yang kaya dengan DNA menjadi warna merah. Ini diikuti dengan pewarnaan balas dengan menggunakan pewarna yang dikenali sebagai PIC (picric acid-indigocarmine) yang akan mewarnakan ekor spermatozoa menjadi warna hijau kebiruan. |