slogan | cogan kata | Komunikasi | Tiada | Frasa yang mudah diingat dan mempunyai maksud tertentu yang digunakan untuk mengiklan atau menyatakan tujuan sesuatu organisasi. |
mnemonic code | kod mnemonik | Kejuruteraan | Tiada | Kod atur cara yang mudah diingat kerana kod tersebut menggambarkan perkataan yang asal. |
forgetting curve | keluk lupa | Pendidikan | Tiada | Keluk yang menggambarkan kadar bahan pembelajaran tidak dapat diingat oleh pelajar. |
catchword title | judul menarik | Perpustakaan | Tiada | Judul yang mengandungi beberapa perkataan dan frasa menarik yang mudah diingat oleh pengguna yang ingin mendapatkan bahan atau maklumat. |
catch title | judul menarik | Perpustakaan | Tiada | Judul yang mengandungi beberapa perkataan atau frasa yang menarik atau mudah diingat oleh pengguna yang ingin mendapatkan bahan atau maklumat. |
learning retention | pengekalan pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pengekalan pemahaman sesuatu maklumat disebabkan oleh pengalaman dan pembelajaran yang membolehkan maklumat tersebut diingat kembali dan diaplikasikan dalam situasi yang sesuai. |
catchword entry | entri kata penunjuk | Perpustakaan | Tiada | Entri di dalam katalog, bibliografi atau indeks yang terletak di bawah beberapa kata menarik yang mudah diingat yang dipilih sebagai kata utama atau kata entri untuk judul buku. |
DNS (domain name system) | DNS (sistem nama domain) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem yang menukar nama domain Internet kepada alamat protokol Internet . Nama domain lebih mudah diingat dan bermakna. Contohnya, www.dbp.gov.my . |
long-term memory (LTM)) | ingatan jangka panjang (LTM) | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim. |
stereotaip | stereotaip | Psikologi | Psikologi Umum | Kepercayaan atau jangkaan umum yang biasanya negatif terhadap kelompok tertentu. Individu terlalu mudah untuk membina stereotaip yang salah terhadap individu lain atau kelompok tertentu kerana ingatannya terhadap perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh seseorang itu lebih mudah diingat dan kekal lama. Contohnya, jika individu pernah ditipu oleh penjual barangan tertentu, maka kecenderungan individu berkenaan untuk membentuk stereotaip yang salah terhadap semua penjual barangan adalah tinggi. |