Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijadikan

Puisi
 

Batang keduduk dibuat galah,
     Hendak menghalau si ayam jantan;
Telunjuk sudah dijadikan Allah,
     Hendak menculik kapur berjuitan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda.

Bermaksud :

Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tax baseasas cukaiEkonomiTiadaAsas untuk mengira cukai. Misalnya, jumlah pendapatan dijadikan asas cukai pendapatan, nilai harta yang dimiliki dijadikan asas cukai harta, dan nilai barangan yang dijual dijadikan asas cukai jualan.
plantletanak benihPertanianAgronomi

Biji benih tanaman yang terpilih atau bermutu dijadikan bahan benih tanaman. Biji beneh di semai di tapak semaian untuk dijadikan anak benih dimana ia dijaga dengan baik dari segi pembajaan dan kawalan musuh. Apabila telah mencapai umur atau ketinggian yang di perlukan, ia di pisahkan dari alihkan dari tapak semaian ke sawah. Contoh anak benih padi.

sample unitunit sampelArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeberapa elemen daripada keseluruhan populasi yang dipilih untuk dijadikan sampel. Antara elemen yang sering dipilih untuk dijadikan sampel. Antara elemen yang sering dipilih terdiri daripada warna, jenis, bentuk dan corak. Sampel ini digunakan untuk menentukan warna, jenis, bentuk dan corak sesuatu budaya dan umur artifak. Kajian terhadap sampel biasanya dilakukan di makmal dengan menggunakan kaedah saintifik. Antara unit sampel yang biasa digunakan ialah sampel rawak dan sampel tanah.
root croptanaman umbisiVeterinarTiadaTanaman berubi seperti ubi kayu, keledek dan kentang. Di Asia Tenggara, ubi kayu dan keledek ditanam untuk dijadikan makanan manusia dan ternakan sebagai sumber tenaga. Walau bagaimanapun, kandungan proteinnya rendah. Ubi diproses sama ada diracik atau dijadikan tepung sebagai makanan ternakan. Selain itu, bahagian daun juga sering dijadikan makanan ternakan.
biological fixationpengikatan biologiPertanianAgronomi

Proses pengambilan unsur dari persekitaran untuk dijadikan sebahagian kandungan tumbuhan yang boleh memenuhi keperluan tumbuhan berkenaan. Pengikatan biologi biasanya merujuk kepada pengikatan molekul nitrogen (N2) dari udara yang dijadikan ammonia dan diserap kepada sel bakteria rhizobia. Rhizobia hidup secara simbiosis pada akar tumbuhan jenis kekacang, dan nitrogen yang diikat dapat digunakan sebagai sumber nitrogen oleh tumbuhan ini. 

signature plateplat pengenalan; plat tandatanganPerniagaanTiada1. Lambang atau simbol bermakna yang digunakan dalam tulisan dan dijadikan sebagai tanda pengenalan. 2. Cap atau plat yang terterap tandatangan dan dijadikan sebagai tanda pengenalan atau cenderamata.
underlying assetaset pendasarEkonomiEkonomi IslamAset yang dijadikan sandaran dalam penerbitan bon Islam dan digunakan bagi mengelakkan penerbitan bon secara pertukaran kertas untuk wang seperti dalam bon konvensional. Antara syarat yang diperlukan bagi aset tersebut ialah wujud, mempunyai nilai di sisi syariah, boleh diserahkan dan aktivitinya selaras dengan syariah. Semua aset nyata seperti bangunan dan harta tanah boleh dijadikan aset pendasar. Aset dalam bentuk hutang seperti sijil murabahah dan sijil bai‘ bithaman ajil tidak boleh dijadikan aset pendasar. Namun demikian, aset seperti sijil ijarah boleh digunakan sebagai aset pendasar kerana memiliki aset nyata masing-masing seperti bangunan dan projek pembinaan.
borrowed pawned itembarang gadaian pinjamEkonomiEkonomi IslamBarang yang dipinjam oleh penggadai yang dijadikan barang gadaian. Barang tersebut boleh digadai sekiranya mendapat keizinan daripada pemiliknya. Semua harta yang memenuhi syarat barang gadaian mengikut syarak adalah sah untuk dijadikan barang gadaian pinjam. Kemudahan ini bertujuan membantu penggadai yang tidak mempunyai harta sendiri untuk mendapatkan pinjaman.
additional pawned itembarang gadaian lekapanEkonomiEkonomi IslamBarang yang berasingan tetapi melekat yang dijadikan barang gadaian. Contohnya, buah dengan pohonnya, pokok dengan tanahnya atau rumah dengan tanahnya. Syarak menghendaki barang ini tidak boleh diasingkan. Sekiranya barang tersebut hendak dijadikan barang gadaian seperti menggadaikan buah di pokok, mestilah bersama-sama pohonnya atau menggadaikan pokok mestilah bersama-sama dengan tanahnya. Barang gadaian lekapan dikenali juga sebagai barang terkumpul.
ciphermonogramPerpustakaanTiada1. Abjad awal sesuatu nama atau penyusunan huruf-huruf menurut satu kaedah hiasan yang mudah dijadikan tanda peribadi.,2. Carian mesin sebagai kaedah mendapatkan kembali maklumat yang terdiri daripada beberapa kod, sama ada abjad atau simbol lain untuk dijadikan bahasa biasa atau bahasa sumber rahsia.
12345678910...

Kembali ke atas