seed financing | biaya benih | Pentadbiran | Tiada | Wang yang dilabur dalam projek yang belum dijalankan, sudah dijalankan ataupun projek yang sedang dalam pembangunan. |
wood failure | kegagalan kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Peratus luas permukaan gentian kayu yang masih tertinggal di kawasan garis perekat selepas ujian ricih sempurna dijalankan. Penentuan dijalankan dengan meneliti secara visual. |
pilot study | kajian perintis | Perubatan | Tiada | Kajian yang dijalankan sebagai percubaan sebelum satu kajian besar dijalankan. Bertujuan meninjau keberkesanan kaedah, mengenal pasti kelemahan dan menggunakan hasil sebagai panduan. |
bioassay | biocerakin | Herba | Pemiawaian | Proses yang dijalankan untuk menentukan keaktifan biologi sesuatu zat. Contohnya, uji kaji yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan ekstrak herba bagi merencat pertumbuhan sesuatu kulat dilakukan dengan menginokulasi kulat tertentu dalam medium yang mengandungi bahan ekstrak tersebut. |
flipped learning | pembelajaran balikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan penyampaian maklumat atau kuliah kepada pelajar secara individu, manakala aktiviti pembelajaran dijalankan secara berkumpulan. Penyampaian maklumat dijalankan dalam persekitaran pembelajaran individu melalui rakaman video, siar pod, siar web dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dijalankan dalam persekitaran pembelajaran kumpulan seperti bilik darjah dan kuliah. Pembelajaran balikan menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif. |
control | kawalan | Sains Forensik | Tiada | Ujian yang dijalankan seiring dengan ujian sampel bukti. Ujian ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa prosedur ujian tersebut dijalankan dengan betul. |
cottage industry | industri desa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jenis industri yang dijalankan oleh pengusaha dibantu oleh ahli keluarganya dan dijalankan di kediaman mereka. |
monitoring procedure | prosedur pengawasan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara terancang yang dijalankan melalui pemerhatian atau pengukuran sesuatu parameter untuk menilai sama ada proses yang dijalankan adalah terkawal. |
bearing test | ujian galas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Ujian yang dijalankan di tapak bagi menentukan keupayaan galas asas cerucuk seperti ujian beban senggara dan kadar penembusan malar atau ujian yang dijalankan ke atas sampel tanah untuk mendapatkan keupayaan galas tanah seperti ujian mampatan tiga paksi dan sebagainya. |
vacuum distillation | penyulingan vakum | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penyulingan yang dijalankan dalam keadaan vakum, iaitu pada tekanan di bawah aras tekanan atmosfera. Tujuannya adalah untuk mengurangkan takat didih campuran bagi memudahkan pemisahan secara penyulingan dijalankan tanpa melibatkan tenaga yang banyak kegunaannya selalu didapati dalam industri yang melibatkan bahan yang peka terhadap suhu tinggi. |