stensil-lilin | stensil-lilin | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan stensil dan sarang, diikuti dengan proses mati warna, sebelum dibasuh dan dijemur. Mula-mula kain dicap dengan stensil, bilangannya bergantung pada corak dan warna, kemudian dimatiwarnakannya dengan mengukusnya di dalam kukus. Sesudah dikeringkan, proses membatik akan diteruskan dengan proses pukul lilin, yang dimulai dengan memukul tutup bunga pada bunga corak yang sudah dicap dengan stensil. Sesudah itu, jika diperlukan, dipukul rintik, diikuti dengan celup warna (biasanya warna coklat), mati warna, kincah, rebus dan akhirnya dijemur. Kain yang dihasilkan disebut sebagai batik stensil-lilin. blok-stensil. |
adobe brick | bata adob | Alam Bina | Tiada | Bata daripada tanah liat yang dijemur. |
pengeringan | pengeringan | Kesenian | Tiada | Proses untuk membuang air dalam rotan dengan tujuan pengawetan dilakukan secara dijemur dengan teknik jemur rumpun, jemur sidai dan jemur sandar. |
katuk kain | katuk kain | Kesenian | Seni Batik | Proses mengetuk-ngetuk dengan gandin sambil melipat kain batik yang sudah siap, dijemur dan dikanji khususnya batik sarung dan batik lepas, supaya kelihatan berkilat dan kemas. |
fish cracker | keropok ikan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Makanan daripada adunan tepung sagu dan ikan yang telah dilumatkan, dihiris tipis-tipis dan dijemur sebelum digoreng berkeping-keping. |
ribbed smoked sheet (RSS) | getah asap berbunga (GAB) | Pertanian | Agronomi | Getah keping yang telah melalui mesin penggiling berjalur, dikeringkan dan dijemur di dalam rumah asap. Pengasapan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kulat pada getah. Kepingan getah asap berbunga (GAB), digredkan mengikut warna, konsistensi dan kandungan bahan asing. Gred GAB1 adalah yang paling baik diikuti GAB2 dan GAB3. |
fish cracker | keropok ikan | Perikanan | Tiada | Produk hiliran ikan yang diproses daripada isi ikan yang dicampurkan dengan tepung sagu dan garam. Campuran ini digaul, digumpal, digentel, direbus, dipotong nipis dan kemudiannya dijemur sehingga kering. |
blok-lilin | blok-lilin | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan sarang. Dengan proses ini pukul lilin dan celup warna dibuat sebanyak dua kali. Setelah dipukul buat kali pertama, kain dicelup untuk mendapatkan warna asas, dibilas dan dijemur, kemudian dipukul semula untuk menutup warna pertama sebelum dicelup warna dan dibilas sekali lagi dan seterusnya direbus. |
teknik tahan warna | teknik tahan warna | Kesenian | Seni Batik | Teknik menghasilkan corak batik dengan menerap atau menutup kain urat dengan bahan penghalang warna, seperti kanji, tanah liat, lilin dan sebagainya, supaya bahagian tersebut tidak diresapi pewarna, kemudian kain tersebut dicelup warna, dijemur, dan direbus untuk menanggalkan bahan penghalang tersebut, dan meninggalkan warna putih. Biasanya teknik ini dilakukan dalam proses blok-lilin dan stensil-siap. teknik langsung, teknik terap urat teknik resis. |
stensil-siap | stensil-siap | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan blok stensil. Mula-mula kain yang dibentangkan pada meja stensil, dicap dengan blok stensil beberapa kali bergantung pada corak dan warna yang diperlukan, biasanya empat warna, kemudian dimatiwarnakan dengan mengukusnya, dan dikincah dan akhirnya dijemur. Kain yang diperoleh disebut sebagai batik stensil-siap. |