Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikandung

Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Hidup dikandung adat,
     mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(7)

153

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proverbial phraseperibahasa prosaKesusasteraanTiadaPeribahasa yang panjang bentuknya biasanya dipakai oleh lingkungan yang beradat seperti trombo bagi masyarakat Minangkabau. Contoh: Hidup dikandung adat; Mati dikandung tanah. Hutang darah dibalas darah; Hutang nyawa nyawa padahnya. Hukum berdiri dengan saksi; Adat berdiri dengan tanda. Siapa menjala siapa terjun; Siapa berhutang siapa membayar; Siapa membunuh siapa kena bunuh. [Puisi Tradisional Harun Mat Piah hlm. 425]
Sharpney’s cellsel SharpneyBiologiHistologi dan SitologiSel yang dikandung oleh longgokan gentian putih bak karang dan gentian kenyal yang menembusi serta mengikat lamela periosteum.
frost splittingpembelahan ibunGeologiTiadaPembelahan atau penyepaian batuan akibat pembekuan air yang dikandung.
frost weatheringluluhawa ibunGeologiTiadaPembelahan atau penyepaian batuan akibat pembekuan air yang dikandung.
overbank depositmendapan lampau tebingGeologiTiadayang dimendapkan dari ampaian di dataran banjir oleh air banjir yang tidak dapat dikandung oleh alur sungai.
relative humiditykelembapan relatifPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNisbah jumlah lembapan udara berbanding dengan jumlah lembapan yang dapat dikandung pada takat tepu udara pada suhu yang sama. Nisbah ini biasanya dinyatakan dalam peratusan.
relative humiditykelembapan relatifPertanianAgronomi

 Ukuran status kelembapan udara. Kandungan air dalam udara dalam suatu tempoh dinyatakan sebagai peratus daripada kandungan air maksimum yang dapat dikandung oleh udara pada suhu tertentu. Contohnya, pada waktu pagi, kelembapan relatif biasanya hampir 100 peratus, manakala pada waktu tengah hari, air dalam udara tersejat dan kelembapan relatif akan menurun. Alat untuk mengukur kelembapan relatif ialah termometer bulba basah dan termometer bulba kering.

rubellarubelaBiologiMikrobiologiPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini termasuklah selsema, demam panas dan ruam yang menyeluruh. Pada ibu yang hamil jangkitan ini boleh membawa kecacatan kongenital terhadap bayi yang sedang dikandung. Penyakit ini dikenali juga sebagai campak German atau campak Perancis.
pantoumpantunKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.
rhymerimaKesusasteraanTiadaBunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah.
12

Kembali ke atas