chanson | chanson | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang dikarang untuk didendangkan dan ditulis dengan cara mudah. |
المراسيل | marāsīl | Agama Islam | Hadith | Kitab-kitab yang dikarang khusus untuk mengumpul Ḥadīth- ḥadīth mursal. |
kidung | kidung | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Jawa asli yang dikarang dalam bentuk sukatan baris yang dikenali sebagai tengahan. Prinsip dasar baris kidung sama seperti sukatan baris dalam puisi Jawa moden yang dinamai macapat. Ciri-ciri umum kidung ialah jumlah baris dalam satu bait tetap sama selagi sukatan barisnya tidak diganti. Semua bait tengahan mempunyai lebih daripada empat baris. Setiap baris mempunyai suku kata yang tetap, iaitu antara 8-10 suku kata tetapi panjang baris boleh berubah mengikut kedudukannya dalam bait. Biasanya, baris kidung disusun dua atau empat dengan rima hujung yang sama. Di Kraton, Jawa Timur, puisi kidung dinyanyikan dalam bahasa Jawa untuk mengelakkan bencana dan petaka. Amalan ini merupakan sebahagian daripada budaya Jawa Kuno. Kidung dinyanyikan dengan iringan alat ensembel seperti gambang dan saron. Tema kidung biasanya bersifat sejarah, menceritakan perihal masa silam yang berkait dengan wira bangsa peribumi. Kidung juga menggunakan cerita panji sebagai temanya. Contohnya, Wangbang Widaya ialah cerita Panji ya |
device independent program | atur cara tak bersandar peranti | Komputer | Tiada | Atur cara yang dikarang dengan menggunakan struktur data yang semesta supaya ia tidak bergantung pada peranti tertentu untuk dilaksanakan. |
literary epic | epik sastera | Kesusasteraan | Tiada | Naratif panjang yang menceritakan kebaktian seseorang tokoh yang bersifat kewiraan. Epik sastera dikarang dengan baik dan rapi menggunakan teknik serta gaya epik. Biasanya, epik tulisan mempunyai nilai seni yang lebih tinggi dan sempurna berbanding epik rakyat kerana epik ini berbentuk tulisan. Epik sastera memperlihatkan semua konvensi dan ciri-ciri epik dan ditulis untuk tujuan bacaan dan bukannya disampaikan secara lisan. Karya bertajuk Divine Comedy oleh Danie and Aeneid oleh Virgil ialah contoh epik bertulis dari Barat. Dalam dunia Melayu, Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya epik Melayu yang bertulis walaupun tidak diketahui pengarangnya. Contoh epik lain yang bertulis ialah Hikayat Pocut Muhammad, sebuah epik Aceh yang ditulis oleh Teungku Lam Rukam. Epik sastera dikenali juga sebagai epik tulisan atau epik sekunder. |
holograph | holograf | Kesusasteraan | Tiada | Dokumen yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. Contohnya dalam sastera Jawa, sesetengah karya yang dikarang oleh Ranggawarsita berjudul Serat Kalatida, dan dalam sastera Timur Tengah karya Ibn Zahirah yang bertajuk al-Fada�il al-Bahirah Fi Mahasin Misr wa al-Qahirah. |