Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikatakan

Puisi
 

Ubi kentang si ubi temu,
     Di bawah pokok jantan mawar;
Orang yang kenyang kalau dijamu,
     Lauk sedap dikatakan tawar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dikatakan berhuma lebar,
     sesapan di halaman.

Bermaksud :

Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.

 

Lihat selanjutnya...(28)

138

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(51)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dimensionmatraMatematikTiadaIstilah yang merujuk kepada benda ;yang ada panjang, luas, atau isi padu. Benda yang hanya ada panjang, seperti garis lurus dikatakan bermatra satu. Sesuatu permukaan yang ada luas, tetapi tidak ada isi padu dikatakan bermatra dua. Benda yang berisi padu dikatakan bermatra tiga.
olfactionolfaksiPsikologiPsikologi UmumPenderiaan bau yang mengesan bahan-bahan dalam bentuk molekul meruap. Kategori bau ini dikatakan berkumpulan mengikut struktur molekulnya. Individu dikatakan mempunyai sebanyak 300 hingga 400 reseptor. Melalui kombinasi reseptor tersebut, individu dapat mengenal pasti sehingga 10,000 bau yang berbeza. Terdapat poket atau liang yang khusus untuk bau tertentu di permukaan organ olfaktori. Setiap molekul bau akan memasuki poket tersebut untuk menimbulkan tindakan. Sekiranya molekul yang salah memasukinya, maka bau itu tidak akan dianalisis. Contohnya, penghidap anosmia mempunyai reseptor yang bermasalah untuk mengesan bau kerana tindakan bahan kimia tertentu seperti ammonia yang membuatkan reseptor olfaktori tidak dapat berfungsi dengan baik.
rubbergetah; penggesel;ruberSukanTiadaRuber: Keadaan dalam pertandingan berpasukan, apabila berlaku perlawanan di antara pemain, keadaan tersebut dikatakan ruber, manakala apabila berlaku perlawanan di antara pasukan keadaan tersebut dikatakan tai.
line or impactgaris hentamanFizikMekanik1. Garis sepunya melalui titik persentuhan yang serenjang terhadap permukaan dua jasad yang berlanggaran. Perlanggaran atau hentaman dikatakan perlanggaran hentaman terus, jika halaju pusat-pusat jisim jasad berkenaan sebelum perlanggaran, selari dengan garis hentaman. Jika tidak, ia dikatakan jasad yang berlanggaran itu berada di atas garis hentaman, ia dikatakan perlanggaran pusat. 2. Garis yang bertangen kepada trajektori di titik perlanggaran.
strawberry generationgenerasi strawberiTeknologi Maklumate-PembelajaranGenerasi yang lahir selepas tahun 1982 yang dikatakan rapuh, kecewa, egois, angkuh, lembam, tidak mahu dikritik, mudah putus asa dan tidak boleh diberikan nasihat oleh orang dewasa. Golongan ini juga dikatakan sebagai golongan kreatif, berfikiran di luar kotak dan kritis.
flagbenderaTeknologi MaklumatPerisianPenandaan perisian atau perkakasan yang menggambarkan keadaan atau status tertentu. Bendera boleh diumpamakan seperti suis, sama ada buka atau tutup. Status bendera dikatakan set apabila bitnya bersamaan 1 dan dikatakan status set semula apabila bitnya bersamaan 0. Contohnya, bendera limpah atas akan disetkan oleh pemproses apabila terjadi limpah atas dalam pengiraan aritmetik. Seterusnya, mesej ralat akan dipaparkan.
hypostasishipostasisBiologiGenetikSaling tindakan gen yang melibatkan perlindungan atau penghalangan pengekspresian suatu gen oleh suatu gen yang bukan alelnya. Gen yang menghalang pengekspresian gen lain dikatakan gen berepistasis dan gen yang terlindung dikatakan gen berhipostasis.
equivalentsetaraMatematikTiadaSifat yang bererti “sama” dengan tafsiran tertentu mengikut konteks. Contoh: (i) Dua pecahan adalah setara jika nilainya sama. (ii) Dua persamaan dikatakan setara jika kedua-duanya mempunyai punca yang sama. (iii) Dua syarat dikatakan setara jika (a) apabila satu syarat itu benar, yang lain itu pun benar, dan (b) apabila satu syarat palsu, yang lain itu pun palsu juga.
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.
deterministic systemsistem berketentuanKejuruteraanTiadaSistem dikatakan berketentuan jika gerak balasnya pada bila-bila masa, disebabkan oleh suatu masukan tertentu ditentukan secara unik. Lawannya ialah sistem stokastik.
12345678910...

Kembali ke atas