risk analysis | analisis risiko | Teknologi Maklumat | Perisian | Penilaian kebarangkalian kehilangan dan magnitud kehilangan bagi setiap butir yang dikenal pasti risikonya. Keutamaan kawalan dilakukan pada taraf turutan butir berdasarkan risiko yang dikenal pasti dan dianalisis ke atas setiap butir. Analisis ini merupakan salah satu fasa dalam pengurusan risiko. |
sp. | sp. | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kependekan bagi perkataan spesies. �sp.� digunakan selepas nama genus untuk menunjukkan bahawa identiti tumbuhan tersebut belum dapat dikenal pasti. Nama tumbuhan ditulis seperti Hopea sp. (merawan). Hal ini berlaku apabila sampel tumbuhan yang dikutip tidak matang atau identiti tumbuhan tidak boleh dikenal pasti dengan tepat pada peringkat spesies. |
diagnosis | diagnosis | Perubatan | Tiada | Penyakit yang dikenal pasti oleh doktor melalui pengambilan riwayat, pemeriksaan fizikal dan penyiasatan makmal. |
tracer | penyurih | Kejuruteraan | Tiada | 2. Bahan yang dikenal pasti daripada isotop radioaktifnya, yang dimasukkan dalam sistem bagi menyurih kelakuan beberapa bahagian komponen sistem tersebut. |
hematimeter | hematimeter | Kejuruteraan | Tiada | Pembilang peratus deukosit yang dikenal pasti. |
isotopic indicator | penunjuk isotop | Kejuruteraan | Tiada | Bahan yang dikenal pasti daripada isotop radioaktifnya, yang dimasukkan kepada sistem bagi menyurih kelakuan beberapa bahagian komponen sistem tersebut. |
reserves | rezab | Kejuruteraan | Petroleum | Sumber petroleum yang telah dikenal pasti wujud di satu-satu kawasan yang boleh diambil dengan menggunakan teknologi masa kini dan berdasarkan pertimbangan ekonomi semasa. Bagi minyak, kuantiti dinyatakan dalam unit tong tangki stok, sementara bagi gas dinyatakan dalam unit kaki padu piawai. |
peak period | masa puncak | Pelancongan | Tiada | Masa yang dikenal pasti sebagai musim kemuncak, seperti cuti persekolahan atau cuti musim panas apabila bilangan pelancong lebih tinggi. |
development strategy | strategi pembangunan | Geografi | Tiada | Langkah-langkah yang dikenal pasti dan dibentuk untuk dilaksanakan di sesebuah kawasan pembangunan. |
radioactive tracer | penyurih radioaktif | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahan yang dikenal pasti daripada isotop radioaktifnya, yang dimasukkan dalam sistem bagi menyurih kelakuan beberapa bahagian komponen sistem tersebut. |