Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diketepikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bury a storysorok beritaKomunikasiTiadaBahan berita yang diketepikan kerana tidak mahu menjejaskan kepentingan pihak tertentu.
net weightberat bersihPentadbiran PerniagaanTiadaBerat yang tinggal setelah ditolak segala yang harus dibuang atau diketepikan.
natural resourcesumber asliPentadbiran PerniagaanTiada2. Berat yang tinggal setelah ditolak segala yang harus dibuang atau diketepikan.
creative conflictkonflik keratifPentadbiranTiadaKonsep yang diutarakan oleh mary Parker Follett yang mengatakan bahawa segala pendapat yang bertentangan patut dipertimbangkan dan bukan diketepikan begitu sahaja.
nonrelativisticketakrelatifanMatematikTiadaSifat yang merujuk kepada mana-mana fenomenon, objek dan lain-lain yang tidak dipengaruhi oleh kesan kerelatifan am atau khas, dan oleh sebab itu kesan tersebut boleh diketepikan ataupun diabaikan.
estimated maximum losskerugian maksimum teranggarPentadbiran PerniagaanTiadaAnggaran kerugian maksimum yang berkemungkinan timbul apabila peristiwa yang tunggal berlaku yang kebarangkaliannya boleh dikira. Peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan malapetaka yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang terlalu kecil diketepikan.
general willkehendak umumSains PolitikPolitik PerbandinganKepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua.
notice of lossnota kerugianinsuransTiadaSyarat dalam polisi insurans yang menghendaki seseorang yang mengalami kerugian terhadap harta yang diinsuranskan oleh polisi hendaklah dengan serta-merta memberi notis kepada syarikat insurans tentang kerugian yang dialami. Notis ini adalah merupakan satu syarat sebelum pemulihan dibuat kecuali ianya diketepikan oleh syarikat insurans. Kegagalan memberi notis seperti yang diperlukan, boleh menghalang seseorang itu memperolehi ganti rugi. Notis ini perlu dibuat secara bertulis dan notis secara lisan kepada ejen dianggap tidak mencukupi untuk mematuhi syarat ini.
external environmentpersekitaran luaranPentadbiranPentadbiran Awam

Elemen atau faktor eksternal yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi sesuatu keadaan, situasi atau perkara dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran luaran dilihat dalam bentuk persaingan yang wujud, keadaan politik, negara pesaing, kedudukan ekonomi, perkembangan teknologi, pasaran dunia, bencana atau malapetaka dan sebagainya. Meskipun faktor dalaman kuat mempengaruhi perkembangan pentadbiran, namun faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan tertentu, persekitaran luaran mampu menambah baik atau melumpuhkan sesebuah organisasi. Krisis kewangan Asia pada tahun 1990-an yang menjatuhkan nilai matawang Malaysia adalah salah satu contoh kesan persekitaran luaran.

shynessmaluPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mengelakkan diri daripada orang lain di samping wujudnya perasaan penyekatan sosial. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya sukar untuk bertentang mata, bercakap perlahan dan tidak begitu berminat terhadap ajakan untuk bersembang. Malu yang teruk boleh membawa kepada kecelaruan psikologi seperti kemurungan, kesunyian, ketakutan, kebimbangan sosial dan rendah penghargaan kendiri. Individu ini biasanya kurang kemahiran sosial dan sering berasa bimbang sehingga membuatkan mereka kadangkala gugup apabila bertemu dengan orang lain, terasa diketepikan dan terlalu menyalahkan diri sendiri.
12

Kembali ke atas