reforming | pembentukan semula | Kejuruteraan | Tiada | Proses apabila molekul hidrokarbon rantai lurus dikitar dan dinyahhidrogen. |
waste separation | pengasingan sisa | Kejuruteraan | Tiada | Proses memisahkan sisa yang boleh dikitar semula atau dilupuskan mengikut jenis dan ciri-ciri kimianya. |
waste segregation | pengasingan sisa | Kejuruteraan | Tiada | Proses memisahkan sisa yang boleh dikitar semula atau dilupuskan mengikut jenis dan ciri-ciri kimianya. |
open hydroponics system | sistem hidroponik terbuka | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah hidroponik yang nutriennya tidak dikitar semula seperti dalam sistem hidroponik tertutup. Media untuk sistem ini ialah tanah yang dibentuk sebagai batas, pasu plastik atau bekas lain. Nutrien yang dibancuh di dalam air dibekalkan kepada tanaman mengikut keperluan, bergantung pada keadaan iklim dan peringkat hidup tanaman. Kebaikan sistem ini berbanding dengan sistem hidroponik tertutup ialah dapat mengelakkan larutan nutrien menjadi terlalu masin. Bekalan nutrien yang baharu akan diberikan pada setiap kali pusingan pengairan. Contoh sistem ini termasuklah sistem fertigasi yang melibatkan pemberian larutan nutrien secara titisan. Singkatan OHS. |
moving bed catalytic cracking | pecah bermangkin lapisan bergerak | Kejuruteraan | Tiada | Proses pemecahan apabila mangkin dikitar berterusan di antara reaktor dengan penjana semula. |
green technology | teknologi hijau | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penghasilan produk atau pengeluaran yang mapan, dengan menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, bersifat mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran persekitaran. Dari aspek pertanian, teknologi hijau ialah sistem pengeluaran tanaman yang mengelakkan penggunaan bahan kimia sintetik sebagai baja, racun herba serta racun perosak dan agen penyakit. Sebaliknya, teknologi hijau pertanian menggunakan bahan organik daripada sisa tanaman dan haiwan sebagai baja dan menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengelakkan perosak dan penyakit. Kaedah ini dapat mengelakkan pencemaran air dengan bahan kimia daripada baja dan racun. Selain itu, amalan sistem tanaman bercampur dan tanaman berpusingan digunakan untuk mengurangkan risiko serangan perosak dan penyakit berbanding dengan tanaman tunggal. |
waste generation | penjanaan sisa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan bahan atau produk yang memasuki aliran buangan sebelum dikitar semula, dikompos, disaring, dibakar atau dilupus. |
closed-cycle cooling system | sistem pendinginan kitar tertutup | Kejuruteraan | Tiada | Sistem mendinginkan logi kuasa yang air dinginnya boleh menyebabkan pencemaran terma, dikitar semula dan tidak dilepaskan ke dalam alur air. |
source separation | pemisahan sumber | Kejuruteraan | Tiada | Pengisihan bahan sisa di tempat janaan seperti kaca, kertas, logam, dan lain-lain yang boleh dikitar semula. |
environmental packaging | pembungkusan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembungkusan yang direka bentuk dan dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dikitar semula, diguna semula dan selamat terhadap individu dan alam sekitar. |