dictatorial communism | faham komunis diktator | Sejarah | Tiada | Fahaman komunis yang bersifat diktator, menggunakan kekerasan dan kekejaman untuk mencapai matlamatnya. |
dictator | diktator | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an. |
dictator | diktator | Sains Politik | Tiada | Tiada |
dictator | diktator | Undang-undang | Tiada | Tiada |
dictator | diktator | Sejarah | Tiada | Pemerintah atau raja yang mempunyai kuasa mutlak dan bertindak sesuka hatinya melakukan kekerasan dan kekejaman. |
dictator | diktator | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
dictatorial communism | faham komunis diktator | Sains Politik | Tiada | Tiada |
dictatorship | kediktatoran | Sejarah | Tiada | Kerajaan atau pemerintahan seseorang diktator, dalam zaman Rom purba seseorang tokoh dilantik oleh senat akan memegang kuasa mutlak ini selama tujuh tahun. |
totalitarianism | totalitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada pemerintahan seorang diktator atau satu parti tunggal. Fahaman ini menghalang kebebasan orang ramai serta meletakkan kedudukan rakyat subordinat di bawah kuasa pemerintah dalam semua aspek kehidupan. Penggunaan kekerasan, sekatan kebebasan dan hukuman yang berat kepada orang ramai merupakan ciri-ciri utama fahaman ini untuk memastikan matlamat pemimpin atau negara tercapai. Contohnya, sistem pemerintahan komunis semasa Stalin di Soviet Union dan Fasis Hitler di Jerman. Sinonim faham totalitarian. |
absolute power | kuasa mutlak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator. |