labelled bundle | ikatan berlabel | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ikatan surat yang telah diisih dan dilabel dengan nama pejabat pos tempat tuju. |
reagent purity | ketulenan reagen | Kimia | Kimia Analisis | Pengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting. |
single stranded DNA | DNA bebenang tunggal | Sains Forensik | Tiada | Molekul DNA yang terhasil sebagai satu bebenang apabila molekul heliks berganda, berpisah. Dalam penjujukan DNA, DNA bebenang tunggal yang telah dilabel dengan pewarna dipisahkan mengikut saiz untuk mendapatkan turutan nukleotida yang hendak dikaji. |
probe | prob | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Molekul bebenang tunggal DNA atau RNA yang mempunyai susunan bes khusus yang ditandakan dengan isotop radioaktif atau sebatian imunologi. Prob juga boleh terdiri daripada antibodi yang dilabel dengan pewarna pendarfluor. Prob digunakan untuk mengesan atau memancing molekul sasaran daripada campuran molekul kompleks melalui penghibridan. |
post-harvest handling | pengendalian pascatuai | Pertanian | Agronomi | Aktiviti pengurusan hasil tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan bunga-bungaan selepas hasil dituai. Contohnya, hasil tanaman dibersihkan, diasingkan mengikut gred, dibungkus, dilabel dan disimpan dalam suhu yang sesuai sebelum dipasarkan. |
pure seed | biji tulen/biji benih tulen | Pertanian | Agronomi | Biji benih tanaman yang telah dibersihkan daripada bahan-bahan lain termasuk biji benih asing dan kotoran seperti daun, batang dan tanah. Seterusnya, biji benih akan dilabel dan disahkan kebersihannya mengikut piawai ketulenan. Sinonim biji benih tulen. |
Budwood nursery | Semaian kayu mata tunas | Pertanian | Agronomi | Kawasan khas yang ditanam dengan baka terpilih, untuk menghasilkan kayu mata tunas bagi tujuan membuat cantuman mata tunas dalam usaha membiak baka. Kawasan tersebut biasanya menempatkan sebilangan baka terpilih yang mesti dilabel setiap pokok untuk memudahkan pengesanan baka. Apabila diperlukan, cabang pokok kayu mata tunas dicantas supaya mengeluarkan banyak mata tunas. |
dideoxynucleotide | dideoksinukleotida | Sains Forensik | Tiada | Nukleotida DNA sintetik yang tidak mempunyai kumpulan 3’-OH yang mengakibatkan terhentinya pemanjangan DNA. Molekul ini membentuk asas kepada teknik penamatan jujukan DNA yang diperkenalkan oleh Frederick Sanger pada tahun 1977. Penjujukan DNA secara automatik kini dapat dilakukan dengan deoksinukleotida yang dilabel dengan bahan kimia berpendarflour supaya turutan DNA dapat dikesan oleh alat pengimbas selepas elektroforesis. Singkatan ddNTP. |
storage area | kawasan penstoran | Herba | Tiada | Suatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Kawasan penstoran ini perlu diurus, diselenggara, dipantau dan dijaga kebersihannya dengan baik bagi menghalang kemerosotan kualiti bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Persekitaran stor seperti suhu, lembapan dan sinaran cahaya juga perlu dikawal menurut kesesuaian bahan dan sediaan herba. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba perlu dilabel dan disimpan mengikut jenis masing-masing. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba disimpan mengikut turutan untuk memastikan putaran stok yang berkesan. Akses ke kawasan ini juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencemaran dan pencerobohan. |