train (gown) | leret (gaun) | Kesenian | Tiada | Bahagian belakang gaun yang dilabuhkan atau ditambahkan untuk tujuan perhiasan. Dipakai sebagai pakaian rasmi malam terutamanya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sekarang pakaian ini hanya dipakai oleh pengantin. |
beacon boat | bot mata arah | Pelayaran | Tiada | Bot yang bertindak sebagai stesen mata arah dan dilabuhkan di kawasan yang sukar untuk meletakkan mata arah biasa. |
anchor fishing | pancing sauh | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing di tengah laut atau tasik dengan menggunakan bot yang dilabuhkan sauhnya. Kawasan memancing yang dipilih ialah lubuk yang mengandungi pelbagai jenis ikan. Tali pancing diikat pada ladung pemberat dan dilepaskan sehingga mencecah ke dasar air. Kaedah ini berkesan untuk menangkap ikan yang berada di dasar air. |
anchor dragging | pukat tarik Denmark | Perikanan | Tiada | Pukat yang berasal dan direka bentuk dari Denmark. Pukat ini sesuai digunakan di dasar laut yang luas dan bebas daripada batu-batu yang tajam. Dalam operasinya, boya Dhan akan disauhkan terlebih dahulu di kawasan yang lapang. Kapal akan membawa satu hujung tali tunda dan melepaskan tali tunda dan pukat tarik sambil mengelilingi kawasan penangkapan ikan. Setelah tali tunda dan pukat selesai dilabuhkan, kapal akan menghampiri semula boya Dhan dan akan tertambat pada tali sauhnya. Keseluruhan kerja mengarau dan mengambil tangkapan dilakukan semasa kapal disauhkan. Operasi seterusnya dilakukan di lokasi sauh yang sama sehingga keseluruhan kawasan sekelilingnya diliputi. Operasi pukat ini dilakukan berdasarkan arus pasang surut. Sinonim pukat tarik sauh. |