Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimanfaatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local accesscapaian setempatTeknologi MaklumatPerisianJenis capaian yang hanya boleh dimanfaatkan dalam domain tertentu seperti rangkaian dalaman. Tujuannya adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber dan memastikan keselamatan rangkaian. Capaian ini boleh dilaksanakan melalui polisi rangkaian seperti peraturan tembok api, kata laluan dan rangkaian persendirian maya. Contohnya, mesin pencetak biasanya mempunyai capaian setempat.
sensory stimulusrangsangan deriaPendidikanTiadaRangsangan penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan yang dimanfaatkan dalam kaedah mengajar.
biological valuenilai biologiVeterinarTiadaUkuran yang digunakan untuk menggambarkan mutu protein yang dapat dimanfaatkan bagi pertumbuhan dan pemuliharaan tisu yang rosak. Protein yang mempunyai nilai biologi yang tinggi mengandungi asid-asid amino perlu yang lengkap dan seimbang. Nilai 1.0 menunjukkan kualiti yang sempurna misalnya telur, sedangkan protein daging mempunyai nilai biologi antara 72 hingga 79 .
applied meteorologymeteorologi gunaanMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Cabang meteorologi yang menggunakan pengetahuan atmosfera untuk dimanfaatkan dalam kegiatan harian. 2. Penggunaan data, analisis, dan ramalan cuaca semasa untuk keperluan tertentu.
waste heathaba sisaKejuruteraanTiadaHaba hasil daripada pembakaran bahan api dalam enjin yang tidak dimanfaatkan.
tensionketeganganKesusasteraanTiadaKonflik yang terhasil apabila perkara yang bertentangan hadir secara serentak, diseimbangkan dan dimanfaatkan secara harmonis dalam karya sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Contohnya persoalan konkrit dan abstrak, umum dan khusus, berirama dan tidak berirama, serta tersurat dan tersirat. Istilah ini digunakan oleh penulis Amerika, Allen Tate dalam tulisannya �Tension In Poetry� dalam buku bertajuk On The Limits of Poetry. Karya ini merupakan karya yang disenangi oleh golongan pengkritik.
ajamhutan belantaraPerniagaan IslamTiadaPokok dalam hutan atau sebarang tempat yang tidak dimiliki serta boleh dimanfaatkan. Walau bagaimanapun, kerajaan berkuasa mengawal penggunaan hutan dengan kaedah larangan penebangan demi kepentingan awam, alam sekitar serta mengekalkan kehijauan.
weedingmerumput; memilih buangPerpustakaanTiada. 2. Memilih buang: Memilih dan membuang buku-buku yang difikirkan tidak dapat dimanfaatkan lagi oleh pengguna disebabkan maklumatnya yang telah usang
incidents of ownershipinsiden empunyaPentadbiran PerniagaanTiadaSebagai pemegang polisi, seseorang itu mempunyai hak di bawah kontrak polisi yang boleh dimanfaatkan. Contoh: hak untuk menukar polisi kepada wang tunai, hak menerima pinjaman setakat nilai tunai polisi, dan hak menukar waris.
wadi’ah yad damanahsimpanan amanah dengan jaminanPerniagaan IslamTiadaHarta yang dititipkan melalui akad wadiah dan harta tersebut telah dimanfaatkan oleh penjaga. Penjaga perlu memberi jaminan atas harta itu sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. Contohnya, wang deposit akaun simpanan di perbankan Islam adalah berdasarkan akad simpanan dengan jaminan kerana pihak bank memanfaatkan wang tersebut untuk menjana hasil.
1234

Kembali ke atas