Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimuktamadkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Agreement Establishing the World Trade OrganisationPerjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan DuniaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang menggariskan ruang lingkup, fungsi, struktur, proses membuat keputusan dan peraturan keahlian pertubuhan antarabangsa tersebut. Perjanjian ini mengakhiri Rundingan Pusingan Urugay dan dimuktamadkan di Marrakesh pada tahun 1994. Selain menamatkan ciri ad hoc Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), perjanjian ini juga mempertingkatkan liberalisasi perdagangan dunia daripada perdagangan barangan kepada perkhidmatan dan harta intelek.
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.

Kembali ke atas