synapsis | sinapsis | Biologi | Fisiologi | Proses yang dimulai dengan pemadatan nukleus hingga pensegmenan spirem menjadi kromosom. |
hang clean | sentap gantung | Sukan | Tiada | Sejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban dari atas lutut disentap naik ke atas bahu lalu diikuti dengan perbuatan mencangkung dan berdiri semula. |
clean squat | lompat cangkung | Sukan | Tiada | Sejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban dipegang pada bahagian hadapan bahu lalu mencangkung dan berdiri semula. |
dipping | enjut | Sukan | Tiada | 2. Enjut: Sejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban dipegang pada bahagian hadapan bahu dan dienjut naik tidak melepasi kepala dan dilakukan berulang kali. |
split jerk | juak renggang | Sukan | Tiada | Sejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban dipegang di hadapan, atau di belakang bahu yang kemudiannya dijuak ke atas. Pada masa yang sama kaki direnggangkan kemudian dirapatkan semula. Latihan ini untuk membaiki imbangan beban dan kestabilan kaki. |
power clean | daya sentap | Sukan | Tiada | Sejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban di atas lantai yang kemudiannya disentap ke bahagian hadapan bahu tanpa mencangkung. Latihan ini dilakukan untuk menambah kekuatan daya sentap. |
power jerk | daya juak | Sukan | Tiada | Sejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban dari atas bahu yang dijuak melepasi kepala. Pada masa yang sama, kaki boleh direnggangkan atau tidak. Latihan ini digunakan untuk menambah kekuatan dan ketepatan daya juak. |
side bent | bengkok sisi | Sukan | Tiada | Sejenis latihan yang dimulai dengan berdiri tegak, sambil memegang palang di atas bahu dan membengkokkan badan ke sisi kiri dan kanan berulang kali. Latihan ini untuk menambah kekuatan bahagian pinggang. |
seated press | juak duduk | Sukan | Tiada | Sejenis latihan yang dimulai dalam keadaan duduk di atas bangku sambil menjuak palang dan beban ke atas yang dilakukan berulang kali. Latihan ini untuk kekuatan tangan. |
العبادلة | ‘Abādilah | Agama Islam | Hadith | Sahabat Nabi yang namanya dimulai dengan Abdullah, iaitu Abdullah Ibn Abbās, Abdullah Ibn Umar al-Khaṭṭāb dan Abdullah Ibn ‘Amr Ibn al-‘As. Ada juga ulama yang memasukkan yang keempatnya sama ada Abdullah Ibn al-Zubir atau Abdullah Ibn Mas’ūd. |