hypertext markup language 5 (HTML5) | bahasa penanda hiperteks 5 (HTML5) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahasa penanda teras bagi jaringan sejagat (WWW) revisi utama ke-5. HTML yang dibangunkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) pada asalnya sebagai bahasa pemerihal dokumen saintifik secara semantik, seterusnya dinaik taraf untuk membenarkan adaptasi pelbagai jenis dokumen dan juga aplikasi web. HTML 5 merupakan alat penting dalam pembangunan platform e-pembelajaran. |
native apps | app jati | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian aplikasi yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pada platform atau peranti mudah alih tertentu dan biasanya dipasang siap atau perlu dimuat turun secara dalam talian daripada stor app. App jati ini biasanya tidak boleh dinyahpasang, tetapi boleh dinaik taraf. Contohnya, app kamera dan app jam. |