Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinyanyikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chanteynyanyian pelautKesusasteraanPuisiPuisi yang dinyanyikan oleh pelaut dan nelayan dalam bentuk korus. Lazimnya kata-kata yang terkandung dalam puisi yang dinyanyikan itu diulang-ulang sebutannya.
nasibnasibMuzikTiada

 Lagu bangsawan yang dinyanyikan dengan perasaan dan suasana yang sedih. Contohnya, lagu asli yang bertempo perlahan dinyanyikan semasa seorang pelakon berasa se­dih dalam sesuatu pementasan bangsawan. Sinonim lagu nasib.

antiphonantifonMuzikTiada1.Teks daripada Kitab Injil yang dinyanyikan sebelum dan selepas psalm atau kantikel dalam canta Gregorian. Antifon dinyanyikan dalam gaya silabik 2. Nyanyian oleh dua kumpulan korus secara bergilir-gilir dalam upacara gereja Katolik yang melibatkan nyanyian balas antara suara, bunyi dan melodi.
wawaMuzikTiada

Muzik vokal berbentuk cerita yang dinyanyikan secara solo dan korus oleh wanita kaum Kajang di Sarawak. Lirik lagu wa merangkumi genealogi keluarga dan ucapan selamat datang ke rumah panjang. Lagu wa yang dinyanyikan semasa penamatan sesuatu majlis dikenali sebagai lagu parap.

yodelyodelMuzikTiada

Gaya vokal rakyat di Switzerland dan di Austria yang melibatkan perubahan pic rendah ke pic tinggi secara laju dan lancar. Pic rendah biasanya dinyanyikan dengan suara penuh atau suara dari dada manakala pic tinggi dinyanyikan dengan suara falsetto.

canzokanzoKesusasteraanTiadaNyayian panjang yang dinyanyikan oleh golongan penyair Perancis Utara.
strophicstropikKesenianTiadaPelbagai rangkap yang dinyanyikan untuk melodi yang sama.
tembangtembangKesusasteraanTiadaKarangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud nyanyian atau puisi. Lihat juga kidung.
threnodylagu ratapKesusasteraanTiadaLagu ratapan yang dinyanyikan semasa pengembumian.
folk songlagu rakyatKesenianTiadaLagu yang dinyanyikan oleh rakyat biasa atau tempatan.
123456789

Kembali ke atas