Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinyatakan

Peribahasa

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
geopotential heightketinggian geokeupayaanSainsHidrometeorologiKetinggian suatu titik di atmosfera yang dinyatakan dalam unit (meter geokeupayaan) yang berkadaran dengan geokeupayaan pada ketinggian tersebut. Ketinggian geokeupayaan yang dinyatakan dalam meter geokeupayaan adalah bersamaan dengan g/9.8 kali ketinggian geometrik yang dinyatakan dalam meter (geometrik); dengan g ialah pecutan graviti setempat.
geopotential heightketinggian geokeupayaanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKetinggian suatu titik di atmosfera yang dinyatakan dalam unit (meter geokeupayaan) yang berkadaran dengan geokeupayaan pada ketinggian tersebut. Ketinggian geokeupayaan yang dinyatakan dalam meter geokeupayaan adalah bersamaan dengan g/9.8 kali ketinggian geometrik yang dinyatakan dalam meter (geometrik); z = 1 980 dengan g ialah pecutan graviti setempat.
viscosity, kinematickelikatan kinematikHidrologiTiadaNisbah kelikatan mutlak dinyatakan dalam poise (gram per sentimeter per saat) terhadap kepadatan dinyatakan dalam gram per sentimeter kuasa tiga pada suhu bilik. (Tatanama ASCE untuk hidraulik).
cable sizesaiz kabelTeknikElektrikUkuran luas muka keratan rentas pengalir dalam kabel, biasanya dinyatakan dalam milimeter persegi atau dinyatakan dengan bilangan lembar dan diameter setiap lembar. Misalnya, kabel-kabel PVC 1.0 mm2 menyamai 1/1.13, iaitu 1 ialah bilangan pengalir dan 1.13 ialah diameter setiap dawai.
specific exclusionpengecualian tertentuinsuransTiadaPengecualian yang dinyatakan dalam polisi sama ada dengan mengehadkan perlindungan atau menarik perhatian kepada fakta bahawa polisi tidak menyediakan perlindungan seperti yang dinyatakan.
specific exclusionpengecualian tertentuPentadbiran PerniagaanTiadaPengecualian yang dinyatakan dalam polisi sama ada dengan mengehadkan perlindungan atau menarik perhatian kepada fakta bahawa polisi tidak menyediakan perlindungan seperti yang dinyatakan.
software licencelesen perisianTeknologi MaklumatTiadaSuatu kebenaran untuk menggunakan perisian mengikut syarat-syarat dan terma yang dinyatakan oleh pengeluar perisian tersebut. Kebenaran ini dinyatakan dalam dokumen bagi tujuan penggunaan perisian secara sah dan mengikut undang-undang hak cipta dan tanggungan produk bagi melindungi kepentingan pencipta dan pengguna. Pada umumnya, lesen perisian dikategorikan kepada dua jenis iaitu lesen perisian pemilik dan lesen perisian bebas. Lesen perisian bebas memberi hak tambahan kepada pengguna untuk membuat salinan tanpa memberi persetujuan untuk menerima semua syarat pelesenan. Manakala lesen perisian pemilik hanya boleh dipasangkan pada satu sistem komputer sahaja.
software licencelesen perisianTeknologi MaklumatTiadaSuatu kebenaran untuk menggunakan perisian mengikut syarat-syarat dan terma yang dinyatakan oleh pengeluar perisian tersebut. Kebenaran ini dinyatakan dalam dokumen bagi tujuan penggunaan perisian secara sah dan mengikut undang-undang hak cipta dan tanggungan produk bagi melindungi kepentingan pencipta dan pengguna. Pada umumnya, lesen perisian dikategorikan kepada dua jenis iaitu lesen perisian pemilik dan lesen perisian bebas. Lesen perisian bebas memberi hak tambahan kepada pengguna untuk membuat salinan tanpa memberi persetujuan untuk menerima semua syarat pelesenan. Manakala lesen perisian pemilik hanya boleh dipasangkan pada satu sistem komputer sahaja.
foreign matterbendasingHerbaTiadaSebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba.
mission statementpenyataan misiPentadbiranTiadaTunggak perjuangan yang menjadi pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, hala tuju dan dasar sesebuah organisasi atau kelompok. Misi ini dinyatakan di dalam perlembagaan, kenyataan rasmi, piagam atau slogan dan terdapat juga misi yang tidak dinyatakan secara jelas. Asas perjuangan ini biasanya dinyatakan dengan tujuan yang baik seperti untuk memelihara alam sekitar, menghapus kemiskinan, menyelamatkan nyawa dari bencana alam, menghapuskan jenayah atau rasuah dan meningkatkan ekonomi negara atau komuniti tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas