Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipamerkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resonanceresonansFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanFenomenon yang dipamerkan oleh litar arus ulang-alik apabila wujud arus yang besar secara relatif berhampiran dengan frekuensi-frekuensi tertentu dan ayunan yang tak terhalang secara relatif bagi tenaga daripada bentuk tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. Fenomenon yang dipamerkan oleh sistem fizik yang dikenakan daya penggerak luar secara berkala dan amplitud ayunan yang terhasil menjadi besar apabila frekuensi daya penggerak menghampiri frekuensi ayunan bebas asli sistem tersebut.
art museummuzium seniArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMuzium yang mempamerkan hasil seni dan kebudayaan kebendaan yang dihasilkan oleh manusia sebagai salah satu daripada tahap ekspresi jiwa dan rasa. Antara artifak yang dipamerkan ialah tembikar, arca, syiling, kaligrafi, ukiran, anyaman dan topeng. Hasil seni yang dipamerkan dibahagikan kepada dua, iaitu seni zaman lampau dan seni kontemporari. Contohnya, Muzium Seni Asia, di Universiti Malaya.
spatial datadata ruangPertanianAgroteknologiData yang dipamerkan dalam bentuk imej 2D atau 3D menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) seperti pada peta tanah. Keseimbangan antara input dengan pengeluaran dapat diselaraskan seperti pengurangan input dan pengurangan kos serta penggunaan kawasan yang berkesan dengan menggunakan data ruang untuk memaksimumkan pendapatan dalam pertanian.
magnetic resonanceresonans magnetFizikMekanik KuantumFenomena yang dipamerkan oleh sistem spin magnet atom tertentu. Sistem spin tersebut menyerap tenaga pada frekuensi-frekuensi resonans tertentu apabila dikenakan medan magnet yang berulang-alik pada frekuensi-frekuensi yang bersinkronisasi dengan frekuensi tabii sistem.
public artcitra awamKesenianTiadaKarya seni lukis yang dipamerkan di khalayak ramai atau tempat awam.
ferromagnetismkeferomagnetan/feromagnetismeFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanSifat yang dipamerkan oleh logam dan aloi tertentu, sebatian unsur peralihan (kumpulan besi) dan aktinid yang momen magnetnya secara spontan tersusun pada arah yang sepunya dan mewujudkan hiteresis magnet serta ketelapan yang lebih besar daripada vakum.
paramagnetismkeparamagnetan/paramagnetismeFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanSifat yang dipamerkan oleh bahan yang apabila diletakkan di dalam medan magnet, bahan tersebut akan termagnet selari dengan medan serta ke tahap yang berkadar dengan medan tersebu (melainkan dalam medan magnet yang sangat besar atau pada suhu yang sangat rendah).
projected display materialbahan tayang projektorPendidikanTiadaBahan visual yang dipamerkan atau dikaji dengan menggunakan projektor.
magnetic resonanceresonans magnetFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanFenomenon yang dipamerkan oleh sistem spin magnet atom tertentu. Sistem spin tersebut menyerap tenaga pada frekuensi-frekuensi resonan tertentu apabila dikenakan medan magnet yang berulang-alik pada frekuensi-frekuensi yang bersinkronisasi dengan frekuensi tabii sistem.
book fair cataloguekatalog pesta bukuPerpustakaanTiadaKatalog buku-buku yang dipamerkan dan pembuatan buku, termasuk ceramah oleh pengarang, pelukis ilustrasi, penjual buku dan penerbit.
12345

Kembali ke atas