degree of saturation | darjah ketepuan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Keadaan medium berliang yang lowongnya dipenuhi air. 2. Nisbah ruang berliang yang dipenuhi air terhadap jumlah ruang berliang. 3. Keadaan udara lengas yang dicirikan oleh keseimbangan sementara atas dari permukaan sejatan di antara molekul yang berpisah dari dan yang turun ke permukaan itu. Penyejatan berakhir dalam keadaan itu. 4. Keadaan keseimbangan dinamik bahan terlarut antara fasa yang berlainan sebagai wap, cecair atau pepejal. |
pawner term/pawner condition | syarat penggadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang penggadai bagi melayakkannya melakukan gadaian. Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah warganegara, waras, berumur lebih 18 tahun dan tidak muflis. Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab terhadap syarat ini. Contohnya, mazhab Hanafi tidak mensyaratkan penggadai mencapai umur baligh bagi membolehkannya melakukan gadaian. |
Amagat-Leduc rule | petua Amagat-Leduc | Fizik | Mekanik | Petua mengenai gabungan gas yang menyatakan bahawa isi padu yang dipenuhi oleh campuran gas adalah sama dengan hasil tambah isi padu yang dipenuhi oleh tiap-tiap komponen gas berkenaan secara berasingan pada suhu dan tekanan yang sama. |
void volume | isi padu lompang | Perhutanan | Tiada | Isi padu ruang lumen, ruang di antara dinding-dinding sel, dan ruang di dalam dinding sel kayu yang tidak dipenuhi bahan berkayu. Pada kayu basah, ruang ini dipenuhi air. Spesies kayu yang mempunyai nilai ketumpatan bandingan yang rendah biasanya mempunyai isi padu lompang yang tinggi dan mudah diawet. |
unsatisfied demand | permintaan tak dipenuhi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
self-fulfilling prophecy | ramalan kendiri dipenuhi | Pendidikan | Tiada | Keyakinan terhadap perkara yang dilaksanakan dapat memenuhi jangkaan. |
unsatisfied judgment fund | dana pengadilan tidak dipenuhi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana yang ditubuhkan menurut undang-undang di beberapa buah negara. Pembayaran balik dibuat kepada seseorang yang mempunyai tuntutan berikutan kemalangan motor yang tidak berupaya mendapatkan ganti rugi pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan, kerana ia tidak diinsuranskan atau daripada segi kewangan dia tidak mampu membayar. |
adipohaemocyte | adipohemosit | Biologi | Entomologi | Hemosit yang dipenuhi titisan lemak dan granul pada serangga dalam order Diptera dan Lepidoptera. |
field | medan | Teknik | Elektrik | Ruang yang dipenuhi dan dipengaruhi fluks. Ruang ini diduduki garis daya elektrik atau garis daya magnet. |
conduit | konduit | Geologi | Tiada | 2. Laluan yang dipenuhi air di bawah tekanan hidrostatik. |