Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbuat

Peribahasa

Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang,
     jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.

Bermaksud :

Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
woodwindwoodwindKesenianTiadaAlat tiup asalnya diperbuat daripada kayu kini diperbuat daripada bras, contohnya flut dan pikolo.
rayonrayonKimiaTiadaGentian tiruan yang diperbuat daripada selulosa. Terdapat dua jenis rayon, iaitu rayon asetat dan rayon viskosa. Rayon asetat diperbuat daripada selulosa etanoat, manakala rayon viskosa diperbuat daripada selulosa larutan pekat natrium hidroksida dan karbon disulfida. Rayon digunakan terutamanya dalam industri tekstil.
edible food packagingpembungkusan boleh makanMakanan dan PemakananMakananPembungkus makanan yang diperbuat daripada bahan yang boleh dimakan. Pembungkus jenis ini berbentuk lapisan nipis ataupun kulit yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Selain itu, lapisan nipis ini juga boleh diperbuat daripada kacang hazel, kacang tanah dan kelapa seperti pembuatan pembungkus aiskrim.
hammerpemukul;tukul (besi)SukanTiada2. Alat yang terdiri daripada tiga 3. bahagian, iaitu kepala yang diperbuat daripada bebola besi atau logam lain yang bulat dan licin, kawat yang diperbuat daripada keluli lurus, dan pencengkam yang diperbuat daripada bahan tidak mudah kendur ketika dibaling. Bebola besi ini dicantumkan ke gelung cengkaman dengan kawat keluli yang lurus. Alat ini digunakan dalam acara baling tukul besi.
acrolithakrolitKesenianHiasan DalamanBentuk arca atau ukiran, misalnya wajah seorang tokoh yang mempunyai kepala, tangan dan kaki, yang diperbuat daripada batu dan bahan lain. Umpamanya, bahagian kepala yang diperbuat daripada batu disambungkan dengan bahagian lain yang diperbuat daripada batu marmar atau batu kapur yang mempunyai mutu batuan yang berbeza.
trusskekudaKesenianSeni BinaKerangka bumbung yang diperbuat daripada kayu atau keluli yang biasanya berbentuk segi tiga, disusun dan direka untuk memindahkan beban yang ditanggung ke setiap titik sokongan. Kekuda bumbung yang diperbuat daripada kayu sering dapat dilihat di rumah-rumah tradisional Melayu, namun kini penggunaan kekuda yang diperbuat daripada keluli telah semakin meluas digunakan kerana kos yang rendah dan kaedah pemasangan yang lebih mudah.
composite structurestruktur kompositAeroangkasaTiadaStruktur udara yang diperbuat daripada bahan rencam.,Struktur udara yang diperbuat daripada bahan rencam.
stone pavingturap batuLandskapTiadaPermukaan yang diperbuat daripada kepingan batu. Contohnya, laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada jubin batu loh.
babet captopi babetKesenianTiadaTopi wanita beropol dan bereben yang diperbuat daripada muslin. Reka bentuknya diperbuat sedemikian rupa sehingga menutupi telinga dan sebahagian pipi. Topi jenis ini biasanya dipakai pada waktu pagi oleh kaum wanita Barat pada tahun 1340-an.
chiselpahatPergigianTiadaAlat tangan yang diperbuat daripada keluli dan digunakan untuk memotong struktur enamel dan dentin. Pinggir berbilah dan berbentuk serong serta diperbuat daripada keluli berkarbon. Pahat mempunyai dua saiz kelebaran bilah iaitu kecil dan besar yang digunakan mengikut saiz kaviti. Lihat gambar.
12345678910...

Kembali ke atas