condottiere state | negeri condottiere | Sejarah | Tiada | Negeri yang diperintah oleh askar atau tentera upahan, berlaku di Eropah dari abad ke-14 hingga ke-16. |
minority rule | pemerintahan minoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang diperintah oleh golongan minoriti. Pemerintahan ini membawa maksud satu kaum atau kelompok yang menguasai sesuatu kawasan atau kerajaan yang terbentuk hasil daripada keputusan pilihan raya yang gagal melahirkan satu parti yang dominan. Kerajaan minoriti yang dikuasai oleh satu kaum seperti pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan pada dekad 1980-an manakala kerajaan minoriti pula seperti yang pernah wujud di India pada dekad 1990-an. Hal ini tidak bermakna kerajaan ini dikuasai oleh satu kaum sahaja sebaliknya dikuasai oleh satu parti yang mendapat mandat daripada anggota parlimen yang lain. |
princely rule | pemerintahan beramir | Sejarah | Tiada | Pemerintahan yang berdasarkan kepada sistem kerajaan yang diperintah oleh golongan bangsawan. |
popular will | tekad rakyat | Sejarah | Tiada | Kehendak atau hasrat hati rakyat atau golongan yang diperintah yang disuarakan secara halus atau kekerasan melalui revolusi. |
colony | tanah jajahan; koloni | Geologi | Tiada | jajahan: Tanah yang dijajah oleh kuasa yang lebih kuat dan diperintah berdasarkan sistem pemerintahan penjajah.,3. Koloni: Sebarang kumpulan organisma yang hidup bersama, merujuk kepada semut, lebah, dan lain-lain. |
position of subordination | kedudukan rendah | Sejarah | Tiada | Tempat atau kedudukan yang lebih rendah atau bawah, biasanya diperintah oleh pihak yang lebih kuat dan berkuasa. |
colony | tanah jajahan; koloni | Sejarah | Tiada | jajahan: Tanah yang dijajah oleh kuasa yang lebih kuat dan diperintah berdasarkan sistem pemerintahan penjajah.,2. Sekumpulan manusia yang mendiami kawasan baru, jauh dari negara asal tetapi masih mempunyai hubungan dengan negara ibundanya. |
princely capital | bandar beraja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bandar yang menjadi ibu negeri atau pusat pentadbiran kepada negeri yang diperintah oleh keturunan raja. Bandar ini menjadi pusat pentadbiran, aktiviti ekonomi yang utama serta menjadi tumpuan imigran dari dalam atau luar bandar. Contohnya, bandar Hyderabad di India. Sinonim bandar berdaulat. |
paternalism | parternalisme | Sejarah | Tiada | Fahaman yang berpegang kepada prinsip atau kepercayaan atau amalan sesebuah pemerintahan yang menjaga kepentingan orang yang diperintah dengan melihat atau menganggap tiap-tiap seorang sebagai individu dan diberi perhatian sewajarnya sama ada hubungan dengan negara atau sesama sendiri. |
enlightened despotism | pemerintahan kuku besi berihsan | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan kuasa mutlak yang memperlihat sikap pemerintah yang mementingkan kebajikan rakyat yang diperintah, diamalkan di Eropah pada abad ke-16 dan ke-17 oleh monarki yang berkuasa penuh yang memasukkan feudalisme, pengurangan hak golongan bangsawan dan melindungi hak rakyat di bandar. |