Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dip.lo.ma.tik] | ديڤلوماتيک

Definisi : 1. bkn hubungan antarabangsa: kenyataan pejabat negara ini telah meng­gemparkan kalangan ~ British; banyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu sama lain; 2. bp dgn berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan se­suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dip.lo.ma.tik] | ديڤلوماتيک

Definisi : 1 berkaitan dgn hal-hal ttg politik antara negara: Sejak itu, hubungan ~ antara kedua-dua negara itu telah renggang. 2 hati-hati semasa membincangkan atau memperkatakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diplomatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diplomatic sanctionspersetujuan diplomatik; sekatan diplomatikUndang-undangTiadaTiada
courierpenghantar suratSains PolitikHubungan AntarabangsaKakitangan berpangkat rendah di pejabat kedutaan yang bertanggungjawab menghantar surat diplomatik. Penghantar surat diplomatik ini mendapat status kekebalan diplomatik. Beliau juga diberi jaminan diplomatik untuk memasuki negara lain bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
diplomatic asylumsuaka diplomatikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerlindungan yang diberikan oleh suatu kedutaan atau pejabat perwakilan kepada seseorang yang meminta perlindungan di wilayah perwakilan diplomatik negara asing. Antara sebab utama seseorang itu mendapatkan suaka diplomatik ialah kebimbangan bahawa dia akan dianiaya oleh pemerintah di negara sendiri disebabkan keturunan, agama, kerakyatan, keahliannya dalam kumpulan atau pendapat politiknya. Dalam Perkara 14 Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, terdapat pernyataan yang menyatakan secara ringkas bahawa setiap orang berhak mendapatkan dan menikmati suaka di negara lain.
diplomatic relationshubungan diplomatikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHubungan yang terjalin dengan persetujuan bersama antara dua buah negara. Misi diplomatik sesebuah negara (negara pengirim) ke negara lain (negara penerima) selalunya diketuai oleh seorang ketua misi (biasanya duta) dan anggota-anggota misi yang lain. Tujuan utama hubungan ini adalah untuk menggalakkan hubungan baik antara dua negara dalam pelbagai perkara, seperti menjaga kepentingan negara dan menyelesaikan persengketaan. Undang-undang hubungan diplomatik merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
diplomatic substationpejabat kecil diplomatikSejarahTiadaTempat segala urusan diplomatik dijalankan di dalam sesebuah tempat atau negara.
diplomatic serviceperkhidmatan diplomatikSejarahTiadaPerihal sistem pentadbiran dan perjawatan dalam pengurusan diplomatik.
diplomatic notenota diplomatikSejarahTiadaCatatan atau surat yang ringkas yang membawa nada diplomatik.
diplomatic nicetytindak manis diplomatikSejarahTiadaUrusan protokol yang diamalkan oleh pengurusan diplomatik khusus tentang perilaku dan adab pegawai diplomat.
diplimatic intricacyselok-belok diplomatikSejarahTiadaHal yang berkaitan dengan selok-belok urusan diplomatik antara dua negara.
diplomatic listsenarai diplomatikSejarahTiadaSenarai yang mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan urusan diplomatik.
12345678910...

Kembali ke atas