Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diramalkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.
putative genegen andaianBioinformatikBioinformatik MolekulGen yang diramalkan mempunyai fungsi yang sama dengan homolognya, tetapi tiada bukti eksperimen untuk menyokong ramalan fungsi tersebut.
random signalisyarat rawakSosiologiTiadaIsyarat yang tidak dapat diramalkan.
predictabilitykebolehramalanSejarahTiadaKeupayaan seorang atau keadaan sesuatu yang boleh diramalkan apa yang akan berlaku seterusnya.
nuclear evaporationpenyejatan nukleusKejuruteraanTiadaSesaran neutron disebabkan pengocakan haba seperti diramalkan berlaku di dalam model nukleus statik oleh Bohr dan Frenkel.
hypothetical taxonomic unitunit taksonomi jangkaanBioinformatikBioinformatik MolekulLeluhur organisma yang diramalkan dan diwakilkan dalam bentuk nod dalaman.
accidental exposurededahan tak sengajaKejuruteraanSains NuklearDedahan tak normal yang tak diramalkan.
crop forecastramalan hasil tanamanPertanianAgronomi

 Jangkaan hasil tanaman yang diperoleh dalam sesebuah kawasan bagi sesuatu musim. Kaedah jangkaan ini berdasarkan ramalan keadaan cuaca, terutamanya jumlah hujan dan musim kemarau. Sekiranya diramalkan berlaku musim kemarau yang panjang, iaitu apabila dijangka berlaku fenomena El Nino pada sesuatu tahun, hasil tanaman akan diramalkan turun sehingga 20 peratus. Bagi tanaman saka seperti kelapa sawit, sekiranya berlaku kemarau pada tahun ini, ramalan hasil tanaman kelapa sawit pada tahun depan akan diturunkan kerana hasil kelapa sawit dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang berlaku semasa bunga baru muncul, iaitu 9 bulan sebelum buah dapat dituai.

test case specificationspesifikasi kes ujianTeknologi MaklumatTiadaDokumen yang menghuraikan tentang input, hasil yang diramalkan dan satu set syarat pelaksanaan satu ujian.
growth horizonufuk pertumbuhanPentadbiran PerniagaanTiadaJarak masa pertumbuhan kadar perolehan atau dividen untuk saham tertentu boleh diramalkan dengan darjah ketepatan yang boleh diterima.
1234

Kembali ke atas