Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirancang

Peribahasa

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
programmed teachingpengajaran terancangPendidikanTiadaKaedah pengajaran berasaskan bahan pengajaran yang dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang. Pelajar belajar dengan cara berinteraksi dengan bahan.
ex-anteex-anteEkonomiTiadaNilai pemboleh ubah yang diingini atau yang dirancang oleh unit-unit ekonomi sebelum sesuatu kegiatan ekonomi dilaksanakan. Misalnya, jumlah pelaburan ex-ante dalam teori penentu ialah jumlah pelaburan yang dingini atau yang dirancang oleh sesebuah negara. Ex-ante ialah frasa Latin yang bermaksud yang dirancangkan atau yang dingini. Lihat juga ex-post.
informal learningpembelajaran tidak formalTeknologi Maklumate-PembelajaranPembelajaran atas inisiatif sendiri yang berlaku bila-bila masa tanpa dirancang di luar bilik darjah, tidak mempunyai sukatan pelajaran yang perlu diikuti, tidak berstruktur dan tiada penilaian. Contohnya, dalam konteks e-pembelajaran, seseorang mempelajari perkara baharu tanpa dirancang semasa melayari Internet.
audience participationpenyertaan khalayakKomunikasiKorporatPenglibatan khalayak dalam sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Penyertaan ini boleh berlaku secara terancang atau tidak dirancang. Penyertaan yang terancang berlaku apabila sesuatu acara yang dilangsungkan menyediakan ruang tertentu untuk khalayak mengambil bahagian. Sementara penyertaan yang tidak dirancang bermaksud sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga menyebabkan khalayak melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan. Dalam kedua-dua bentuk penyertaan, situasi ini menunjukkan keberkesanan sesuatu projek atau acara dalam kalangan khalayak sasaran. Bentuk penyertaan bergantung pada jenis acara yang dianjurkan, seperti penyertaan dalam pertandingan, mengambil bahagian secara terancang atau spontan dalam atur cara yang disusun, atau penglibatan melalui elektronik seperti e-mel atau telefon. Dalam komunikasi korporat, proses ini dilihat sebagai satu proses pemujukan untuk mendekatkan khalayak dengan organisasi. Sekiranya mendapat
first degree murderpembunuhan darjah pertamaKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang menyalahi undang-undang yang bersifat sengaja yang dilakukan selepas merancang atau membuat persediaan untuk membunuh mangsa. Contohnya, ahli perniagaan yang dibunuh setelah dirancang atas dasar persaingan perniagaan atau pembunuhan seseorang yang dirancang untuk merampas harta atau kuasa.
planningperancanganSejarahTiadaPerihal sesuatu yang dirancang dan dijangka akan berlaku berdasarkan peraturan tertentu yang telah ditetapkan.
cartelizationpengkartelan/kartelisasiEkonomiTiadaTindakan yang dirancang oleh beberapa firma dalam sesuatu industri secara seragam bagi mengurangkan saingan antara satu sama lain dan seterusnya mendapat faedah daripada kuasa monopoli yang diperoleh.
programme musicmuzik programKesenianTiadaMuzik yang dirancang untuk menyatakan urutan visual sesuatu peristiwa.
prospective studykajian prospektifPerubatanTiadaKajian yang dirancang untuk meninjau dan memerhatikan perkara-perkara yang belum terjadi.
field studykajian lapanganKomunikasiTiadaKajian yang dirancang secara saintifik dan sistematik yang dijalankan di luar makmal serta melibatkan kaedah pensampelan. kajian medan.
12345678910...

Kembali ke atas