cholecystokinin | kolesistokinin | Sosiologi | Tiada | Hormon yang dirembes oleh mukosa usus, yang merangsang pengecutan pundi hempedu dan rembesan enzim pankreas. |
juice | jus | Perubatan | Tiada | Cecair yang dirembes, dikumuh atau dikeluarkan daripada sebarang bahagian organisma. |
cholecystokinin | kolesistokinin | Perubatan | Tiada | Hormon yang dirembes oleh mukosa usus, yang merangsang pengecutan pundi hempedu dan rembesan enzim pankreas. |
allopregnane | alopregnana | Kimia | Tiada | Pregnana yang dirembes di dalam urin. |
parathormone | paratormon | Biologi | Fisiologi | Hormon yang dirembes oleh kelenjar paratiroid yang mengawal metabolisme kalsium dan fosforus; hormon paratiroid. |
norepinephrine | norepinefrina | Biologi | Fisiologi | Hormon yang dirembes oleh medula ginjal yang mempunyai kesan pemvasocerutan saluran darah dan sedikit kesan ke atas output atau keluaran jantung. |
adrenaline | adrenalina | Farmasi | Farmakologi | Hormon yang dirembes oleh saraf adrenergik dan bahagian medula kelenjar adrenal. Secara amnya, hormon ini ialah sejenis bahan katekolamina yang bertindak sebagai perangsang endogenus yang kuat. Kehadirannya dalam darah boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, peningkatan kadar pernafasan dan pengembangan salur darah halus. Hormon ini membantu tubuh supaya bersedia menghadapi keadaan cemas dan kesannya berguna untuk tindak balas 'lawan atau lari'. Hormon ini juga boleh dihasilkan secara sintetik dan bertindak sebagai agen vasokonstriktor, antispasmodik dan simpatomimetik, dan digunakan untuk melegakan simptom alergi seperti urtikaria dan asma. Lihat juga saraf adrenergik, kelenjar adrenal, katekolamina. Sinonim epinefrina. |
thyroxine | tiroksina | Veterinar | Praklinikal | Hormon yang dirembes oleh kelenjar tiroid. Tiroksina dibentuk daripada gandingan monoiodotirosina dan diiodotirosina. Tiroksina dibawa oleh darah ke tisu dan sel untuk memudahkan metabolisme. Tiroksina mengandungi empat molekul iodin. Sinonim tetraiodotironina (T4). |
chymotrypsin | kimotripsin | Perubatan | Tiada | Enzim proteolitik yang dirembes oleh pankreas, yang paling aktif dalam memangkini hidrolisis ikatan peptida. |
colostrum | kolostrum | Veterinar | Tiada | Susu awal yang dirembes setelah kelahiran anak ternakan dan kekal sehingga 3 hari. Susu ini mengandungi protein yang tinggi, terutamanya albumin dan globulin. Globulin mengandungi antibodi yang tinggi dan penting untuk meningkatkan daya tahan penyakit, meningkatkan pertumbuhan dan mengurangkan kadar kematian. Kandungan vitamin A dan D juga lebih tinggi daripada susu biasa. |