roman ? clef | roman ? clef | Kesusasteraan | Tiada | Peristiwa sebenar yang disamarkan dalam dunia cereka. Dalam cereka tersebut, pembaca diharapkan dapat mengenal pasti watak atau peristiwa yang disamarkan itu. Contohnya, dalam novel Aldous Huxley berjudul Point Counter Point. Tokoh terkenal seperti D. H. Lawrence dan Oswald Mosely disamarkan melalui nama rekaan. |
eye retina scan | imbas retina mata | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah pengecaman biometri yang melibatkan pengesanan corak retina. Kaedah imbasan retina mata sama berkesan dengan pengesanan cap jari tetapi lebih sukar dipalsukan atau disamarkan kerana melibatkan bahagian dalam badan manusia. Pengimbasan dilakukan dengan menyerakkan 8 hingga 12 titik dari imej yang diambil dan membandingkannya dengan corak retina yang sedia tersimpan untuk mengesahkan pengguna. Kaedah ini apabila digunakan dalam sistem penyahihan mempunyai kelebihan kerana retina mata setiap manusia adalah unik dan sukar ditiru. Lihat juga corak retina. |
block cipher | sifer blok | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan teks biasa sebagai satu unit atau blok. Biasanya, saiz data yang terkandung dalam blok ini adalah tetap dan hasil penyulitan atau penyahsulitan bergantung kepada panjang, kandungan data dan susunan data dalam unit atau blok tersebut. Hasil sifer blok biasanya mempunyai sebaran luar, iaitu kedudukan data asal disamarkan ke seluruh mesej. Sifer blok lali kepada permindaan terlarang kerana sebarang perubahan, walaupun sangat kecil akan menyebabkan kandungan semua blok berubah dengan banyak. Walau bagaimanapun, sistem penyulitan yang mengamalkan sifer blok ini biasanya lebih lambat berbanding sifer alir. |