astrapophobia | astrapofobia | Perubatan | Tiada | Takut yang keterlaluan terhadap kilat atau takut disambar petir. |
flammable | mudah terbakar | Farmasi | Tiada | Sifat suatu bahan yang mempunyai keupayaan membakar yang tinggi dan mudah disambar api. |
jerk | sentak | Perikanan | Tiada | Perbuatan menarik tali pancing dengan pantas apabila terdapat tanda-tanda umpan telah disambar ikan. Sinonim sentap. |
air gap arrester | penangkap sela udara | Teknik | Elektrik | Penangkap kilat yang beroperasi berasaskan prinsip sela udara. Satu talian pengalir disambungkan ke bumi melalui sela udara. Apabila talian disambar kilat, voltan talian akan naik dan boleh mengatasi rintangan sela udara. Voltan arus kilat akan mengalir ke dalam sela udara dan terus dinyahcas ke bumi. Dalam keadaan biasa arus tidak mengalir dalam sela udara kerana rintangan sela itu tinggi mengatasi voltan litar. |
invective | serapah | Kesusasteraan | Puisi | Kata-kata kasar atau kesat yang penggunaannya sangat berkaitan dengan tujuan sesuatu amanat atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. Contohnya, serapah ini jelas pada puisi "serapah Mcngalin" di bawah. Sinonim seranah. Assalamualaikum, bisa dibayang Bisa jangan bersenang lagi, Bisa jangan bernaung lagi, Bisa jangan olang-olitan, Bisa dipuput bayu lalu , Bisa dipuput mambang kuning, Mati disambar kilat tanglung, Mati disambar kilat senja, Mati dipanah halilintar, Mati ditimpa hujan lebat. Mati ditunda undang-undang, Mati diampun air bah, Mati dialun tepung pelunas. Kabul bcrkat la-il aha-il -lallah. |
lighting arrester | penangkap kilat | Teknik | Elektrik | Peranti yang melindungi peralatan elektrik daripada bahaya voltan tinggi akibat kilat yang boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan alat. Peranti ini akan tersambung ke bumi apabila disambar kilat dan seterusnya mengalirkan voltan/arus tinggi itu ke bumi. Apabila keadaan pulih, alat ini seolah-olah tidak mempunyai sambungan ke bumi dan kembali kepada sifat asalnya. Ada pelbagai jenis penangkap kilat termasuklah penangkap kilat dawai pengaruh, penangkap kilat dawai yang diselaputi perak (untuk bangunan), dan penangkap kilat aerial. |
enclosed rhyme | rima berpeluk | Kesusasteraan | Puisi | Bunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah. |