spherical pendulum | bandul sfera | Fizik | Mekanik | Bandul ringkas yang disangkutkan pada suatu pangsi supaya gerakannya tidak terhad dalam suatu satah, tetapi bergerak di dalam permukaan suatu sfera. |
crane hook | cangkuk kren | Kejuruteraan | Tiada | Cangkuk pada rantai pengangkat kren, tempat beban atau rantai anduh disangkutkan. |
lidi pesa | lidi pesa | Kesenian | Tiada | Bahagian kepala kek yang berupa lidi yang disisip pada punca kain dan kemudian disangkutkan pada kuku pesa. |
sumbi | sumbi | Kesenian | Tiada | Bahagian kepala kek yang berupa sebilah kayu nibung yang berkuku di kedua-dua hujungnya dan di bahagian tengahnya bergelung tali untuk disangkutkan pada bahagian tengah lerang kain. Digunakan untuk menegangkan lerang kain semasa menenun. |
antibody-conjugated silica nanoparticle | antibodi berkonjugat nanozarah silika | Fizik | Nanoteknologi | Antibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit. |
zoot suit | sut zut | Kesenian | Tiada | Stail pakaian lelaki yang terkemuka dalam tahun 1940-an termasuk seluar berpinggang tinggi, berlisu dan sendat bahagian buku lali. Dipakai bersama kot labuh yang berbahu lebar dan berlapel, topi berbirai lebar dan rantai kunci yang panjang disangkutkan pada kocek jam dan kuncinya dimasukkan ke dalam kocek sisi seluar. Pakaian lelaki pada tahun 1940-an. |
crown and loop appliance | alat gelung dan korona | Pergigian | Tiada | Sejenis alat yang dimasukkan ke dalam mulut dan digunakan untuk mengekalkan ruang antara gigi. Alat ini berdwihujung iaitu korona dan dawai berbentuk gelung yang dipasang di kawasan ruang antara gigi. Hujung yang mempunyai korona dipadankan pada gigi yang distal ruang dan hujung bergelung disangkutkan pada gigi yang lebih kecil di mesial ruang tersebut. Alat ini akan memelihara ruang di tempat tersebut sehingga gigi di dalam gusi ruang tersebut erupt. Sinonim aplians gegelang dan gelung terubah suai |