Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disaring


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abstractingpengumpulanAlam BinaTiadaProses mengumpul kuantiti yang telah disaring mengikut elemen atau jenis ketukangannya.
serigraphyserigrafiKesenianTiadaProses mencetak yang melibatkan cat atau dakwat disaring ke atas kertas atau tekstil melalui saring yang dibuat daripada sutera.
seedbijiPertanianAgronomi

Biji tanaman yang dipilih dan diproses, dikeringkan, disaring dan disimpan untuk digunakan sebagai benih pada musim akan datang. Sinonim biji benih.

silk screensaring suteraKesenianTiadaProses mencetak yang melibatkan cat atau dakwat disaring ke atas kertas atau tekstil melalui saring yang dibuat daripada sutera.
extracellular productproduk luar selKejuruteraanKejuruteraan KimiaProduk proses penapaian yang dikeluarkan oleh sel. Produk yang dikehendaki dapat disaring terus tanpa mengganggu aktiviti sel.
waste generationpenjanaan sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenghasilan bahan atau produk yang memasuki aliran buangan sebelum dikitar semula, dikompos, disaring, dibakar atau dilupus.
screeningpenyaringanPertanianAgronomi

 1.Penapisan atau pemilihan sesuatu daripada kotoran, bahan tercemar atau kurang tulen untuk mendapatkan tinggalan yang terbaik. Contohnya, biji benih disaring menggunakan tapis berukuran tertentu untuk mendapatkan saiz dan bentuk tertentu sebelum digunakan.

2.Kaedah mendapatkan baka terpilih mengikut ciri yang dikehendaki seperti ketahanan terhadap penyakit. Banyak pokok akan dinilai dan hanya beberapa pokok yang dipilih. 
center of consciousnesspusat kesedaranKesusasteraanTiadaCiri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian.
chromosome walkingpenjejakan kromosomBioteknologiTiadaTeknik analisis dalam pemetaan gen yang bergantung pada pemilihan berjujukan klon molekul yang bertindihan untuk meluaskan sela kromosom yang besar. Fragmen-fragmen klon yang mempunyai gen yang diradiolabel digunakan sebagai prob dalam uji kaji penghibridan in situ dengan penyediaan sitologi kromosom politin. Satu set rawak DNA yang diklonkan dengan cara ini dikenal pasti dan satu daripadanya dipilih dari kawasan yang berdekatan dengan set yang diingini. Perpustakaan genom disaring dengan klon yang dipilih sebagai prob untuk mengecam klon-klon lain yang bertindihan dengannya. Pertindihan ini mungkin berlaku dari kiri atau kanan. Langkah ini dapat diulangi di sepanjang kromosom yang diingini.
emendationpembetulanKesusasteraanTiadaPembaikan yang dilakukan terhadap teks yang dianggap mempunyai kesalahan atau kesilapan tertentu. Pembetulan biasanya dilakukan oleh editor atau penyunting untuk membaiki teks agar lebih mudah difahami pembaca dan tepat isi kandungannya. Antara bentuk pembetulan yang dilakukan termasuklah dari segi tatabahasa, ketepatan fakta dan susunan teks. Teks yang dimaksudkan termasuklah penulisan buku ilmiah, buku sastera, buku umum, esei dan rencana. Pembetulan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam proses penulisan. Bahan tulisan awal akan disaring oleh editor atau penyunting sebelum diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, pembetulan sering berlaku dalam aktiviti penyalinan atau penulisan semula sesebuah naskhah manuskrip. Terdapat penyalin yang membuat pelbagai perubahan atau tokok-tambah terhadap naskhah asal, bertujuan membaiki naskhah yang disalinnya. Oleh itu, pembetulan dilihat sebagai aktiviti yang membawa kebaikan terhadap sesebuah karya, namun boleh menyebabkan kemunculan versi naskh

Kembali ke atas