anonymous poem | sajak anonim | Kesusasteraan | Puisi | Sajak atau puisi yang tidak disebutkan nama pengarangnya. |
treater | perawat | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Bejana yang digunakan sebagai tempat merawat minyak bagi membuang sedimen asas dan air yang terkandung di dalamnya. Perawatan dilakukan dengan cara penambahan bahan kimia, pemanasan elektrik atau gabungan ketiga-tiga cara yang disebutkan. 2) Peralatan yang digunakan dalam proses penapisan untuk membersihkan gas dan cecair daripada juzuk-juzuk yang tidak dikehendaki seperti hidrogen sulfida, air, garam dan lain-lain. |
aqd mu‘allaq | akad bersyarat | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak dengan syarat. Contohnya, pernyataan "Sekiranya anak saya, Ahmad pulang daripada luar negeri, saya jualkan kereta ini kepada awak". Hukum dan kesan akad bersyarat berkuat kuasa setelah berlaku syarat yang disebutkan itu. |
orifice | orifis | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang mempunyai bahagian yang bergaris pusat lebih kecil daripada garis pusat bahagian-bahagian yang lain garis pusat paip atau gegasan tempat peranti tersebut dipasang. Biasanya bahagian ini menggunakan plat yang dibuat sedemikian rupa sehingga diperoleh garis pusat seperti yang disebutkan di atas. Dengan terdapatnya bahagian yang bergaris pusat lebih kecil itu, sebahagian dari bendalir yang mengalir akan terhalang daripada mengalir melalui paip atau gegasan yang terlibat. Dengan demikian, akan terjadi perbezaan tekanan di antara kedua sisi bahagian tersebut. Perbezaan tekanan ini boleh diukur dengan menggunakan meter orifis dan peranti ini boleh digunakan untuk mengukur isi padu bendalir yang mengalir melalui paip atau gegasan berkenaan. |
jet pump | pam jet | Kejuruteraan | Petroleum | Jenis pam yang dikendalikan oleh aliran stim, air atau bendalir lain yang sangat deras serta bertekanan tinggi (jet). Aliran bendalir tersebut akan menghasilkan gerakan dan tekanan jujukan kepada bendalir yang sejenis atau yang berlainan sehingga bendalir yang kedua akan mengalir. Dalam operasinya kedua-dua bendalir yang disebutkan di atas akan saling bersentuhan. |
kafalah mudfah | jaminan tertakluk masa hadapan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang diberikan tetapi tertakluk pada masa akan datang dan tuntutan tidak boleh dibuat selagi belum sampai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Bulan Ramadan nanti, saya penjamin hutang yang anda telah berikan kepada A" atau "Saya menjamin hutang yang anda akan berikan kepada A". Penjamin tidak boleh dituntut sehingga tiba masa yang disebutkan, walaupun akad hutang yang dilakukan oleh pihak yang dijamin berkuat kuasa serta-merta. Sinonim kafalah tawqitah. |
hail stage | tahap hujan batu | Sains | Hidrometeorologi | Pembekuan termodinamik titisan air ampaian dalam udara yang naik secara adiabatik dengan suhu di bawah takat beku dengan andaian bahawa pelepasan haba pendam lakuran mengekalkan suhu malar sehingga semua air dibekukan. Oleh sebab pengadisejukan air adalah aturan alam dalam atmosfera dan pembentukan sebenar hujan batu adalah dalam keadaan yang agak berbeza daripada keadaan yang disebutkan, maka tahap hujan batu kini jarang-jarang digunakan sebagai suatu model. |
terminal velocity | halaju tamatan | Mekanik | Gunaan | Halaju mantap yang akhirnya dicapai oleh setiap jasad yang jatuh secara bebas dalam bahantara bendalir, di bawah tindakan graviti. Jasad yang berkenaan pada mulanya memecut daripada keadaan pegun sehingga daya rintangan bendalir terhadap gerakan jasad sama dengan daya graviti. Pada ketika itu, jasad tersebut mencapai halaju tamatan dan tidak dapat jatuh dengan kadar yang lebih tinggi. Rintangan yang disebutkan tadi disebabkan kelikatan bendalir bahantara. Jasad yang jatuh dalam bahantara udara akan mencapai halaju tamatan juga. |
haylage | hailaj | Veterinar | Tiada | Sejenis bahan makanan ternakan ruminan berbentuk separa kering atau separa basah. Bahan ini terdapat dalam kategori antara rumput kering dengan silaj. Penghasilannya dilakukan dengan cara menuai bahan tanaman semasa masih muda atau hijau, dipotong kecil antara 1 cm hingga 2 cm dan dibiarkan di persekitaran sehingga kandungan bahan kering mencapai 40-50% sebelum disimpan di dalam silo menara kedap udara. Nama dagangan bahan ini didaftarkan sebagai merangkumi makanan ternakan yang mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan. Sinonim hijauan kering. |