disc drag | tarikan cakera | Perikanan | Tiada | Sistem mekanikal pada gelendong yang berfungsi menghasilkan rintangan pada tali yang ditarik atau disentak ikan. Rintangan ini bertujuan melemahkan ikan daripada terus agresif. Rintangan tali terhasil daripada himpitan dua cakera pada gelendong. |
reflex | refleks | Psikologi | Psikologi Umum | Tindak balas semula jadi dan automatik terhadap suatu rangsangan yang biasanya tidak melibatkan otak secara langsung kerana litar atau arka sarafnya lengkap di peringkat batang spinal. Contohnya, kerdipan mata terhadap hembusan udara atau sentakan kaki apabila terpijak benda tajam. Apabila kaki ditusuk dengan benda tajam, maklumat akan dibawa terus ke batang spinal melalui neuron deria yang kemudian dibawa balik dengan cepat ke otot melalui neuron motor untuk tindakan sentakan kaki. Jeritan biasanya akan berlaku selepas kaki yang terkena benda tajam disentak kerana maklumat tersebut naik ke otak tetapi perjalanannya lebih lambat daripada ke otot tempat berlakunya tusukan tersebut. |