Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disepadukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laptop computerkomputer ribaKomputerTiadaKomputer yang disepadukan CPU, pemacu cakera dan skrin dalam bentuk beg bimbit.
cistronsistronBioteknologiTiadaBahagian kromosom yang beberapa lokusnya disepadukan untuk menjalankan peranan tertentu. Sistron merupakan bahagian molekul DNA yang khusus bagi satu rantai polipeptida, iaitu gen struktur.
lysogenylisogeniBiologiGenetikFenomena apabila bahan genetik virus dan bakteria perumah disepadukan.
Iysogenic cyclekitar lisogenBiologiGenetikPusingan cara pembiakan faj temperat, apabila genom faj disepadukan ke dalam kromosom perumah sebagai profaj dan bereplikasi dengan sinkroni bersama-sama kromosom perumah. Faj mungkin teryahsepadu dan memasuki kitar lisis.
clustered formrupa bentuk kelompokAlam BinaTiadaRupa bentuk keseluruhan yang terdiri daripada bentuk yang disepadukan.
external hard diskcakera keras luaranTeknologi MaklumatTiadaPeranti media storan cakera keras mudah alih yang tidak disepadukan di dalam kasing komputer tetapi berada di luar dan disambungkan ke komputer dengan menggunakan kabel tertentu seperti kabel USB atau kabel selari. Kegunaannya adalah seperti cakera liut iaitu mudah alih namun saiz storannya jauh lebih besar bagi membolehkan atur cara dan data komputer dipindahkan atau digunakan pada mana-mana komputer lain dengan mudah. Lihat cakera keras.
smart homerumah pintarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSebuah rumah yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuninya mengawal peralatan rumah secara jarak jauh. Penghuni rumah boleh memberikan arahan kepada peralatan rumah supaya bertindak secara terautomasi mengikut kehendak penghuni. Peralatan rumah juga boleh disepadukan untuk fungsian tertentu. Contohnya, alat penggera boleh disepadukan dengan lampu dan kamera keselamatan untuk menyuluh dan mengimbas hanya di kawasan tempat penggera dibunyikan, dan seterusnya pegawai keselamatan boleh dipanggil secara automatik dan dibekalkan maklumat penggeraan secara terus-menerus.
high-frequency recombination cellsel rekombinasi berfrekuensi tinggi (Hfr)BiologiGenetikSel bakteria E. coli yang mempunyai faktor F yang disepadukan. Hfr.
computer conferencingsidang komputerTeknologi MaklumatTiadaSesi perbincangan atau mesyuarat yang diadakan di dua atau lebih lokasi menerusi rangkaian komputer. Sidang ini lazimnya disepadukan dengan aplikasi e-mel, sembang, papan putih dan perkongsian sumber seperti data, dokumen, audio dan video. Istilah ini juga merujuk kepada sidang data, sidang berasaskan web dan sidang video. Sesetengah sidang komputer menggunakan pangkalan data yang sama dan dikawal oleh sistem komputer. Contohnya Yahoo Messenger, iRC atau ICQ yang menggunakan kaedah multi siar.
utility softwareperisian utilitiTeknologi MaklumatPerisianPerisian komputer yang direka untuk membantu mengurus dan menala perkakasan, sistem pengendali atau perisian aplikasi bagi melaksanakan tugas tunggal atau tugas mudah. Beberapa perisian ini disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendali. Contohnya, utiliti yang terdapat dalam sistem pengendali Windows ialah penyahserpih cakera, penyemak cakera, pencuci cakera, sandar, pemampatan cakera, pengurus fail dan arkib. Perisian ini juga dikenali sebagai atur cara perkhidmatan, rutin perkhidmatan atau rutin utiliti.
12

Kembali ke atas