gummoisis | gumosis | Biologi | Patologi | Pengeluaran gam daripada bahagian tumbuhan yang sakit, yang telah diserang oleh patogen tertentu, misalnya pokok timun yang diserang oleh Cladosporium cucumerinum. Gumosis boleh juga berlaku di dalam tisu, misalnya xilem, akibat serangan patogen penyebab layu vaskular, misalnya Fusarium oxysporum. |
disease incidence | keberlakuan penyakit | Biologi | Patologi | Proporsi suatu populasi tumbuhan yang diserang penyakit pada suatu masa dan tempat, yang dinyatakan dalam peratusan individu yang terserang. Jika keberlakuan layu vaskular ialah 30 %, ini bererti sebanyak 30 % daripada tanaman yang ada diserang oleh penyakit tersebut. bd. keparahan penyakit. |
obsessive-compulsive disorder | kecelaruan obsesif-kompulsif | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan psikologi yang boleh membuatkan perasaan atau pemikiran individu dikuasai oleh desakan yang menimbulkan distres. Individu normal boleh diserang perasaan obsesif tetapi tidak seteruk pesakit kecelaruan obsesif-kompulsif ini yang lebih mengganggu kefungsian hidupnya yang normal. Individu yang diserang obsesi kecederaan akan sentiasa dirasuk oleh pemikiran ingin membunuh orang yang dikasihi seperti meracuni isteri atau anak. Mereka yang diserang oleh fikiran kompulsif pula akan terasa seperti dipaksa-paksa melakukan sesuatu berulang kali. Contohnya, individu yang mengalami kompulsif akan sentiasa terdorong untuk memeriksa pintu kereta, walaupun terpaksa masuk atau keluar rumah berkali-kali bagi memastikan sama ada pintu kereta sudah betul-betul berkunci atau belum. |
white rot | reput putih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Reput berwarna putih pada kayu akibat serangan kulat pada semua juzuk kayu termasuk lignin. Bahagian kayu diserang akan bertukar daripada warna asal kepada warna yang lebih cerah. Bahagian yang diserang teruk kelihatan putih dengan jaluran berwarna gelap, dan biasanya berlaku penghakisan dinding sel kayu. Reput jenis ini mengurangkan kekuatan kayu dengan banyak. |
beamers | serang langsung | Sukan | Tiada | Balingan laju yang terus diserang ke arah badan pemukul. |
immune | imun | Biologi | Patologi | Sifat perumah yang tidak boleh diserang atau dijangkiti oleh sesuatu jenis patogen. Ini merupakan taraf yang lebih tinggi daripada tahan atau toleran. |
sensitive | peka | Biologi | Patologi | Sifat relatif perumah yang mudah diserang penyakit tetapi belum tentu rentan. |
prone (to disease) | mudah kena (penyakit) | Perubatan | Tiada | Cenderung atau mudah diserang penyakit. |
Resistance | Kerintangan | Pertanian | Tiada | Keupayaan sesuatu tanaman menahan daripada dijangkiti atau diserang serangga perosak tanaman atau patogen. |
ippon kumite | adu selangkah | Sukan | Tiada | , penyerang maju selangkah dan menyerang. Yang diserang mundur atau ke sisi sambil menangkis dan menyerang balas. |