binary numbers | nombor perduaan | Teknologi Maklumat | Tiada | Nombor yang disimpan dalam bentuk perduaan. Dalam satu bait (8 bit) nilai 0 hingga 255 boleh disimpan. Dua bait berturut-turut(16 bit) boleh menyimpan nilai daripada 0 hingga 65,535. |
cookie | kuki | Teknologi Maklumat | Tiada | Fail yang disimpan oleh pelayan web dalam komputer pengguna yang mengandungi data tentang pengguna tersebut untuk menjejak maklumat pelayar tapak web. Kuki disimpan dalam bentuk fail teks dalam cakera keras agar pelayan dapat mencapainya apabila pengguna kembali ke tapak web yang pernah dilawati. Kuki mengandungi butiran maklumat seperti log masuk, atau nama pengguna, kata laluan, maklumat troli beli-belah dan pilihan persendirian. Lou Montulli, bekas pengatur cara Netscape dikenali sebagai pencipta kuki. Ia merupakan teknologi yang telah menjadikan Internet dan E-dagang menarik. |
resilience | kebingkasan | Kejuruteraan | Tiada | Tenaga terikan yang disimpan dalam bahan anjal bagi seunit isi padu. Modulus kebingkasan ialah kuantiti tenaga terbanyak bagi seunit isi padu yang boleh disimpan dalam bahan tanpa mengalami set kekal. |
electromecanical coupling coefficient | pekali gandingan elektromekanik | Fizik | Akustik | Punca kuasa dua nisbah antara tenaga yang disimpan secara mekanik dengan tenaga yang disimpan secara elektrik. |
explicit knowledge | pengetahuan tersurat | Pengurusan | Perancangan | Pengetahuan yang boleh dilihat, mudah disampaikan, disimpan dan disebarkan untuk rujukan dan kegunaan pihak lain. Pengetahuan tersurat termasuk maklumat yang disimpan di dalam buku, laman sesawang dan sebarang bentuk storan lain yang boleh didapati secara tampak (visual) atau lisan. |
rooftop rainwater harvesting | penuaian air hujan bumbungan | Alam Sekitar | Tiada | Kaedah mengumpulkan air hujan dari kawasan tadahan bumbung dan disimpan dalam takungan. Air hujan yang dituai dapat disimpan dalam takungan air bawah tanah dengan menggunakan teknik pengisian semula buatan untuk memenuhi keperluan isi rumah melalui penyimpanan di dalam tangki. |
gene bank | bank gen | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Tempat penyimpanan yang mengekalkan dan melindungi bahan genetik haiwan dan tumbuh-tumbuhan daripada mengalami kepupusan. Genetik tumbuh-tumbuhan biasanya disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup atau bahagian tumbuhan yang boleh dibiak semula. Genetik tumbuh-tumbuhan juga boleh disimpan dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Genetik haiwan pula disimpan dalam bentuk pembekuan sperma dan telur di dalam penyejuk beku. Haiwan betina diperlukan bagi merangsang seksual haiwan jantan bagi mendapatkan sperma dengan menggunakan sejenis alat khas. |
retarder (bread) | pembantut (roti) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kabinet yang menyimpan bahan makanan bergris yang telah melalui pengembangan kedua dan apabila disimpan di dalam kotak penaik pengembangan akan terhenti dan bahan tersebut boleh disimpan selama 24 jam sebelum dibakar. |
frozen semen | semen sejuk beku | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Semen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama. |
screen buffer | penimbal skrin | Teknologi Maklumat | Tiada | Data (imej) dalam jumlah yang kecil yang disimpan di dalam ingatan dalam jangka masa yang singkat sebelum dipaparkan oleh skrin komputer. Kad video menghantar imej ke penimbal sebelum dipaparkan oleh skrin. Lazimnya disimpan di dalam ingatan capaian rawak (RAM). Penimbal skrin membantu mempercepatkan pemprosesan dan pemaparan imej. Misalnya, ketika pengguna memuat turun fail video dari Internet, 20% pertama daripada saiz fail akan ditempatkan ke dalam penimbal dan dimainkan. Sementara bahagian pertama dimainkan, komputer akan terus memuat turun baki fail dari Internet. |