Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disindir

Peribahasa

Seperti kena pedang bermata dua.

Bermaksud :

Sakit hati kerana disindir. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena parang bermata dua).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social pressuretekanan sosiaISains PolitikPolitik PerbandinganKuasa memaksa atau menekan yang lahir daripada masyarakat terhadap individu atau kelompok tertentu. Masyarakat dilihat memiliki kuasa menekan individu supaya berperlakuan menurut norma sosial masyarakat tersebut. Ia boleh bersifat kelakuan, cara berpakaian, cara berucap, berbahasa ataupun cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Kegagalan seseorang menurut norma sosial dan penyimpangan yang dilakukannya itu dianggap serius dan akan menyebabkan ia dipinggir, disindir atau dihukum oleh masyarakat. Tokoh yang menekankan peri pentingnya tekanan sosial ini ialah Emile Durkheim yang menyatakan betapa masyarakat memiliki kuasa untuk mempengaruhi perlakuan anggotanya. Contohnya, pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik supaya tidak dicemuh oleh masyarakat.
shi�r ?l -?ij?�shi�r ?l -?ij?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur sindir cerca. Shi�r ?l-hij?� berpunca daripada budaya kehidupan kabilah Arab yang suka mengangkat kedudukan kabilah masing-masing dan merendah-rendahkan pihak lawan. Mengikut tradisi Arab Jahiliah shi�r ?l -?ij?� merupakan genre yang popular. Shi�r ?l -?ij?� boleh dilihat dari sudut keturunan dan sudut sahsiah atau peribadi. Pada zaman Jahiliah, tidak ada kabilah atau individu yang dapat mengelakkan diri daripada disindir dengan Shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-hij?� sering disalahgunakan oleh beberapa penyair Jahiliah seperti al-Hutay�ah kerana menghasilkan puisi cercaan yang keterlaluan. Antara penyair Shi�r ?l-hij?� ialah Jarir dan Farazdaq (zaman Abbasiah). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-??m?s?h, shi�r ?l-m?d?.

Kembali ke atas