Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disita


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diplomatic privilegeshak istimewa diplomatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang khusus bagi kedutaan, duta, pegawai kedutaan, ahli keluarga termasuk harta-harta yang dimiliki. Hak istimewa diplomat merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Hak istimewa diplomat ini diberi untuk memastikan diplomat menjalankan tugas yang berkesan, seterusnya menggalakkan hubungan baik antara negara. Contoh hak istimewa diplomat ialah kekebalan daripada bidang kuasa jenayah, sivil dan pentadbiran negara penerima, dan ketakbolehcabulan daripada ditahan, ditangkap, digeledah, dicederakan atau dibunuh. Harta mereka juga tidak boleh ditahan, digeledah atau disita. Walaupun kedutaan dan diplomat perlu mematuhi larangan dan sekatan dalam mengimport barangan, tetapi mereka mempunyai hak untuk tidak dikenakan cukai atau duti terhadap barangan import yang dibawa masuk bagi kegunaan rasmi atau peribadi. Hak istimewa diplomat ada yang bersifat mutlak, dan ada juga yang bersifat tidak mutlak. Sinonim keistimewaan diplomatik.

Kembali ke atas