bai‘ ‘inah | jual beli aset | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya pada harga tunai dan disusuli pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi. Contohnya, pelanggan menjual aset kepada bank dengan harga tunai RM5 000 dan kemudian bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500. 2. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya kepada pembeli pada harga tangguh dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tunai yang lebih rendah. Contohnya, bank menjual asetnya kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500 dan kemudian bank membeli semula aset tersebut daripada pelanggan dengan harga tunai RM5 000. Bentuk jual beli ini diharuskan oleh syarak untuk memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai tetapi bukan aset yang diakadkan. Sinonim ‘inah. |
one two | dua (2) | Sukan | Tiada | Kombinasi tumbukan lurus yang dimulakan dengan tangan hadapan disusuli pula dengan tangan belakang. |
citation index | indeks kutipan | Pendidikan | Tiada | Dokumen bibliografi biasanya disusun mengikut abjad yang setiap entrinya disusuli dengan senarai dokumen lain yang mengambil entri tersebut. |
high intensity interval training (HIIT) | latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT) | Sukan | Tiada | Senaman dalam masa singkat yang disusuli dengan pemulihan dalam masa singkat untuk mengembalikan kadar denyutan jantung yang normal. Contohnya, seperti berbasikal dan berlari pecut. |
cyme | sima | Botani | Tiada | Jambak bunga yang terbentuk apabila pertumbuhan paksi terhenti akibat pengeluaran bunga di hujungnya. Ini disusuli pula dengan pengeluaran cabang sisi di bawahnya dan cabang ini berakhir dengan pengeluaran bunga. |
Cheyne-Stoke respiration | respirasi Cheyne-Stoke | Perubatan | Tiada | Pernafasan tidak teratur yang diselangi apnea selama 10 hingga 60 saat, disusuli pernafasan dalam dan cepat, depresi fungsi otak bahagian frontal dan diensefalon. Keadaan ini boleh disebabkan kecederaan otak, keracunan opioid dan kegagalan fungsi jantung. Pernafasan ini dinamakan sempena nama John Cheyne, iaitu seorang pakar perubatan Irish kelahiran Scotland (1777 - 1836) dan William Stokes dari Ireland (1804 - 1878). |
conventional breeding method | kaedah pembiakbakaan konvensional | Pertanian | Agronomi | Kaedah pembiakbakaan yang berasaskan kacukan antara baka induk terpilih dan disusuli dengan pemilihan hasil kacukan itu. Maka, ciri baik induk dapat digabungkan dan menghasilkan genotip yang lebih baik daripada induknya. Kaedah ini biasanya diulang beberapa generasi sehingga mendapat satu baka baru yang menunjukkan ciri-ciri yang diingini. Asas kaedah pembiakbakaan konvensional ialah hukum pewarisan Mendel. Kaedah pembiakbakaan ini amat berbeza dengan kaedah baru dipanggil kejuruteraan genetik yang lebih ringkas daripada kaedah konvensional. Kejuruteraan genetik tidak melibatkan kacukan tetapi menggunakan teknologi untuk mengenal pasti gen yang menghasilkan ciri-ciri yang diingini dan seterusnya gen itu dipindahkan kepada tanaman sasaran. |
ultimatum | kata dua | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pernyataan terakhir yang mesti diterima tanpa rundingan oleh sesebuah negara. Pernyataan ini sering disusuli dengan ugutan sekiranya syarat tertentu tidak diterima oleh negara asing tersebut. |
resolution | resolusi | Kesusasteraan | Tiada | Peristiwa atau konfliks yang berjaya dileraikan. Peristiwa biasanya berlaku dalam drama dan naratif. Resolusi merupakan hasil klimaks, biasanya disusuli oleh aksi menurun. Resolusi berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �melonggarkan atau mencairkan�. Lihat juga peleraian, puncak. |
negatively accelerated learning curve | lengkok pembelajaran cekung | Sains Sukan | Biomekanik | Lengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang perlahan semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang mendadak setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas berenang seperti teknik penafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Namun, selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain. |