Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benchmarktanda arasTeknologi MaklumatTiada1.Ujian yang digunakan untuk mengukur prestasi perkakasan dan perisian. Perkakasan ditanda aras dengan menggunakan atur cara yang menguji keupayaan peralatan, misalnya kelajuan CPU. Perisian ditanda aras dengan menentukan kecekapan, ketepatan atau kelajuan atur cara melaksanakan tugas tertentu. 2.Proses mengukur prestasi perkakasan dan perisian.
marked blockblok bertandaPentadbiran PerniagaanTiadaBlok yang ditanda untuk dialih, diubah, disalin, dibuang dan dipindah dalam satu fail atau dari satu fail ke fail yang lain dalam pemprosesan kata.
classified filefail berkelasPerpustakaanTiada1. Fail yang disusun di bawah subjek menurut satu urutan logik dan biasanya ditanda dengan nombor atau simbol.
smooth edge tracing wheelroda surih licinKesenianTiadaRoda surih tanpa gigi, digunakan pada fabrik yang sukar untuk ditanda, seperti fabrik tipis dan ringan.
rejected ballot paparkertas undi ditolakUndang-undangTiadaKertas undi yang ditolak oleh pegawai pengurus, contohnya apabila kertas undi itu tidak bertanda atau ditanda di tempat selain tempat yang dibenarkan atau undi diberikan kepada lebih daripada seorang calon.
free softwareperisian bebasTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang lengkap dengan kod sumber dan diedarkan kepada pengguna. Pengguna dibolehkan menukar, menggunakan atau mengedar asalkan semua pindaan ditanda dengan jelas dan nama serta notis hak milik penulis asal tidak dibuang atau diubah suai.
revolution per minuteputaran per minitKejuruteraan AutomotifEnjinBilangan pusingan aci engkol dalam masa satu minit. Putaran ini mewakili kelajuan putaran enjin dan ditunjukkan pada papan pemuka secara elektronik atau tolok dail. Unit ini biasanya ditanda sebagai rpm. Singkatan RPM.
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.
chlorophyllklorofilPerikananAkuakulturPigmen berwarna hijau yang terdapat pada sianobakteria dan kloroplas pada alga dan tumbuhan. Klorofil merupakan biomolekul terpenting yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga daripada cahaya pada jarak gelombang violet-biru dan cahaya oren-merah. Klorofil bukannya molekul tunggal tetapi terdiri daripada kumpulan molekul berkaitan yang ditanda sebagai klorofil A, B, C, dan D. Klorofil A merupakan molekul yang dijumpai dalam semua sel tumbuhan dan dominan. Oleh itu, kepekatannya selalu digunakan semasa analisis klorofil. Klorofil D pula hanya dijumpai dalam alga merah laut, manakala klorofil B dan C kebiasaannya terdapat di perairan air tawar.
sampaksampakMuzikTiada

 Bentuk muzik gamelan Jawa yang terdiri daripada gongan empat bit. Setiap bit ditanda dengan alat muzik penanda masa seperti kenong (N) dan kempul (P). 

12

Kembali ke atas