remedy | remedi | Undang-undang | Tiada | Cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani atau dipampasi. |
topography | topografi | Biologi | Ekologi | Keadaan muka bumi sesuatu kawasan, sama ada yang wujud semula jadi atau setelah ditangani manusia. |
partitioning | pemetakan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Membahagi suatu blok besar kepada subunit-subunit yang lebih kecil, yang lebih mudah ditangani.,2. Pengumpulan logik bagi fungsi-fungsi elektrik dalam sesuatu set komponen perkakasan. |
onboarding | suai tugas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses menyesuaikan pekerja baharu ke dalam organisasi yang meliputi jenis pekerjaan yang akan ditangani, suasana di tempat kerja, interaksi dengan rakan sekerja dan sebagainya. |
crisis management | pengurusan krisis | Komunikasi | Korporat | Proses dan kaedah menangani krisis dalam organisasi atau negara yang dijangka boleh meninggalkan kesan negatif jangka panjang. Sekiranya tidak ditangani secara sistematik, krisis boleh menjejaskan reputasi organisasi atau negara. Pengurusan krisis dilaksanakan bagi memulihkan citra yang telah tercemar akibat kecuaian, kesilapan, kemalangan, atau sabotaj terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi. Proses dan kaedah ini boleh dilaksanakan sendiri oleh organisasi atau melalui pihak perunding. Pencemaran citra boleh menyebabkan berlakunya krisis ekonomi, krisis keyakinan, dan krisis kewibawaan kepada organisasi atau negara. Penyebab berlakunya krisis seperti dakwaan pihak tertentu terhadap barangan untuk khalayak muslim yang sumber bahannya tidak halal, bekalan tenaga dan air untuk para pengilang atau pengusaha industri minuman dan makanan yang sering terganggu, serta kecacatan terhadap barangan eksport. |
nuclear security event | peristiwa sekuriti nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa yang memberi kesan sebenar atau berpotensi memberi kesan kepada sekuriti nuklear. Peristiwa sekuriti nuklear mesti ditangani. |
structuralism | strukturalisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang menumpukan aspek keindahan pada struktur binaan itu sendiri selain fungsinya sebagai penopang sebuah bangunan. Pendekatan seni bina ini cuba menggambarkan bahawa struktur bangunan, sekiranya ditangani dengan baik, akan menjadi elemen estetika yang indah dan berkesan. Pendekatan strukturalisme bermula di Jerman dan Rusia pada awal gerakan seni bina moden. |
whole-of-government approach | pendekatan menyeluruh kerajaan | Umum | Tiada | Pendekatan bersepadu yang memerlukan agensi kerajaan bekerja merentasi sempadan portfolio serta merentasi peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Pendekatan ini dilaksanakan bagi memastikan isu-isu tertentu ditangani dengan mengutamakan rakyat sebagai pelanggan. |
resistance to change | tentangan perubahan | Pengurusan | Perancangan | Tindak balas menentang oleh individu atau kumpulan apabila mereka menanggap sesuatu perubahan sebagai ancaman terhadap status quo atau keselesaan mereka. Tindakan ini boleh berlaku dari segi fizikal mahupun fikiran, secara aktif atau pasif. Punca penentangan perlu dikenal pasti dan ditangani kerana penentangan boleh menjejaskan perancangan organisasi. Contoh tentangan perubahan ialah keengganan seseorang pekerja untuk menurut arahan berpindah jabatan daripada majikannya berikutan penstrukturan semula organisasi. |
office politic | politik pejabat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu senario atau budaya yang wujud di dalam persekitaran sesebuah organisasi. Boleh dilihat dalam dua bentuk yang berbeza iaitu positif dan negatif. Dari aspek positif, politik pejabat boleh mempertingkatkan motivasi kerja dan hubungan yang baik di kalangan majikan dan pekerja sekiranya ditangani dengan cara yang betul. Manakala dari aspek lain, budaya ini akan mendorong ke arah perpecahan dan konflik dalam organisasi. Contoh kronisme, favouritisme, talam dua muka dan sebagainya. |