shall stand adjourned | hendaklah ditangguhkan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
credit buying | pembelian kredit | Sosiologi | Tiada | Pembelian yang pembayarannya ditangguhkan atau dibuat terkemudian. |
a suspension of play | tangguh | Sukan | Tiada | Keadaan apabila permainan ditangguhkan oleh pengadil disebabkan kecederaan, cuaca, dan sebagainya. |
suspension of service | penggantungan perkhidmatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perkhidmatan pos yang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu seperti banjir, nahas kereta api dan sebagainya. |
continuation of play | sambungan perlawanan | Sukan | Tiada | Penerusan permainan yang telah ditangguhkan buat sementara waktu. |
waiting on cement | nanti simen | Kejuruteraan | Petroleum | Masa operasi penggerudian atau operasi pelengkapan ditangguhkan untuk menunggu simen di dalam telaga mengeras secukupnya. |
deferred dividend policy | polisi dividen tertunda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi yang dividennya tidak dibayar secara tahunan tetapi ditangguhkan untuk beberapa tahun. Jika insured meninggal dunia atau menamatkan polisinya sebelum dividen patut dibayar, bahagian keuntungan daripada lebihan dividennya akan menjadi milik insurer. Kontrak seperti ini jarang didapati sekarang. |
bai‘ salam | jual beli salam | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang dilakukan dengan bayaran tunai semasa akad, manakala penyerahan produk ditangguhkan. Jual beli salam hanya bagi produk yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada produk jenis ribawi. Jual beli tempahan juga termasuk dalam jual beli salam sekiranya bayaran diserahkan terlebih dahulu dan produk yang ditempah diterima kemudian. Sekiranya produk belum ada dan tidak yakin boleh disediakan, jual beli ini ditegah dan dikenali sebagai bai‘ ma‘dum. Jual beli salam merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli kerana produk yang hendak dijual belum ada dalam pemilikan penjual, tetapi penjual berkeupayaan untuk menyediakannya. Sinonim bai‘ salaf. |
time stopped signal | isyarat masa tangguh | Sukan | Tiada | Tanda isyarat dengan cara menyilang kedua-dua gelang tangan oleh pengadil untuk menandakan tempoh permainan ditangguhkan. |
two-tier istisna | istisna’ dua tahap | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bentuk perjanjian jualan yang melibatkan pembeli, bank dan kontraktor. Pembeli meminta bank membiayai pembelian suatu barangan dengan spesifikasi tertentu melalui satu akad istisna’. Harga dalam akad ini ditangguhkan dan dibayar secara ansuran dalam tempoh yang dipersetujui. Kemudian, bank membuat akad istisna’ lain dengan kontraktor untuk menghasilkan barangan berkenaan seperti spesifikasi yang ditentukan oleh pembeli. Pembayaran harga kepada kontraktor dibuat secara berkala mengikut kemajuan penghasilan barangan, manakala pembeli mendapatkan pembiayaan mengikut amaun yang dibayar kepada kontraktor. |